Ekonomi

Keuntungan bersih Digi bagi suku ke-2 turun 26.8 peratus

KEUNTUNGAN bersih syarikat telekomunikasi Digi.Com Berhad susut sebayak 26.8 peratus bagi suku kedua tahun ini yang berakhir 30 Jun.

Ia morosot kepada RM288.04 juta berbanding RM392.48 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Pendapatan syarikat telah susut 6.3 peratus kepada RM1.45 bilion bagi tempoh tersebut berbanding RM1.55 bilion sebelumnya.

Ini berikutan kurangnya aktiviti operasi ditambah dengan pemberian data percuma 1GB dan aktiviti ekonomi yang berkurangan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Syarikat telekomunikasi itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia memberitahu, itu merupakan tempoh menyesuaikan diri dengan peralihan landskap kerana tempoh PKP lebih 85 hari telah memberi kesan kepada sosioekonomi dan pembangunan pasaran.

Menurut kenyataan itu, dalam  tempoh tersebut, premis perniagaan tidak penting ditutup selain sekatan pergerakan besar-besaran yang membawa kepada sentimen pengguna yang berhati-hati.

Pada masa sama, pekerjaan yang tidak terjamin dan aktiviti ekonomi domestik yang perlahan.

Selain itu Digi memberitahu, hasil daripada perkhidmatan mudah alih menguncup sebanyak 6.1 peratus berikutan kurangnya penjanaan wang daripada data ekoran pemberian data percuma secara meluas oleh industri dan kurangnya pembelian disebabkan penutupan kedai fizikal.

Prestasi syarikat telekomunikasi itu juga turut terkesan daripada hasil bahagian suara dan perayauan yang rendah disebabkan sempadan ditutup.

Bagaimanapun, momentum pemulihan kukuh dicatatkan apabila sekatan dilonggarkan selain peningkatan penjanaan wang daripada data dan pembukaan sektor pasca PKP.

Pada masa depan, ia berkata pembangunan langganan mudah alih mungkin berdepan keadaan tidak menentu memandangkan situasi COVID-19 yang belum mereda, kesan negatifnya ke atas prospek ekonomi negara dan jangkaan kemajuan pemulihan pasaran serta peningkatan persaingan dalam industri.

Bagaimanapun, Digi akan terus meningkatkan usaha pertumbuhan menerusi perancangan bersasar dengan nilai terbaik untuk menyediakan produk teras, mengukuhkan rangkaian dan prasarana teknologi maklumat bagi menyokong penggunaan Internet dan digital serta mengoptimumkan perbelanjaan dan usaha pengurusan tunai bagi menjamin aliran tunai yang kukuh. – SM

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button