NasionalUncategorized

Kes Covid-19 meningkat: 9 mukim Seremban laksana PKPB

SELEPAS mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes Covid-19 meningkat di Seremban, Perintah Kawalan Keselamatan Bersyarat (PKPB) dilaksana pada 5 November sehingga 18 November.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang hariannya hari ini berkata, pelaksanaan PKPB adalah di sembilan mukim.

“Sembilan mukim ialah di Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setol, Pantai dan Lenggeng.

“SOP PKPB sama seperti yang diumumkan di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Sabah,” katanya.

Antaranya, kata Ismail Sabri lagi, pergerakan keluar masuk rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan kecuali kes-kes kecemasan dan perlu dapat kebenaran polis.

“Pekerja perlu menunjukkan pas kerja dan surat kebenaran majikan. Pekerja di Putrajaya, Kuala Lumpur,  Seremban… perlu dapatkan surat kebenaran daripada polis untuk rentas negeri atau pas kerja ditunjukkan di sekatan jalanraya.

“Dua orang dibenarkan keluar rumah untuk membeli barang keperluan. Individu berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak tidak digalakkan berada di kawasan awam dan tempat terbuka,” kata beliau sambil menambah, elakkan membawa golongan tersebut keluar rumah.

Kata Ismail Sabri lagi, institusi pengajian, tadika, taska dan pusat tahfiz ditutup.

“Aktiviti keagamaan, surau, laungan azan, solat jemaah dan solat Jumaat akan diputusakan oleh Pusat Agama negeri.

“Ini kerana ia terletak di bawah negeri. Kalau di negeri beraja, Sultan ketua agama. “Di Negeri Sembilan, bidang kuasa agama di bawah Yang Di-Pertuan Negeri. Ini akan diumumkan pihak berkuasa agama Negeri Sembilan,” ujar beliau.

Dalam masa PKPB dikuatkuasakan di sembilan mukim berkenaan, Ismail Sabri memaklumkan, majlis kahwin tidak dibenarkan.

“Pusat-pusat hiburan tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, kegiatan ekonomi dibenarkan beroperasi seperti biasa, cuma waktu dipendekkan.

“Pasar harian dibuka dari pukul 6 pagi hingga 2 petang. Pasar malam dari pukul 4 petang sehingga 10 dan perlu patuh SOP serta diawasi oleh anggota Rela,” kata beliau.

Stesyen-stesyen minyak pula dibuka dari pukul 6 pagi hingga 10 malam kecuali di lebuh-lebuh raya. Sektor perladangan dan rantaian makanan dibenarkan beroperasi. Begitu juga dengan klinik.

“Hospital dan hospital swasta dibenarkan operasi 24 jam dan farmasi beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 12 malam,” jelasnya.

Sementara itu, PKPB di Seremban, PKPD yang diumumkan dulu di Lot 1.7 dan Lot 1/7b di Nilai, kekal seperti mana diumumkan sebelum ini, katanya.

“Semua harus membudayakan norma baru dalam kehidupan kita. Ingat kita pernah berjaya melandaikan lengkungan Covid-19 sebelum ini.

“Yakin dan percaya kita sama-sama dapat melandaikannya lagi. Yang penting, patuhi setiap SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan.

“Amalkan kawalan kendiri bagi memastikan keluarga dan masyarat selamat,” kata Ismail Sabri. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button