Nasional

Kerajaan sentiasa menjaga kebajikan pesara polis seluruh negara

MALAYSIA Madani akan terus membangun negara ke arah yang lebih mampan, sejahtera, berdaya cipta, saling menghormati dan bersikap ihsan berdasarkan keyakinan antara satu sama lain serta kepercayaan kepada negara dan rakyat atas dasar ketelusan dan kerjasama.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menyediakan platform yang selamat dan aman bagi menyokong pembangunan negara berlandaskan nilai ihsan, kesejahteraan, keyakinan dan kemampanan dan memastikan hasrat Agenda Malaysia MADANI tercapai.

Pengorbanan yang dilakukan oleh PDRM demi menjaga keselamatan, kedaulatan negara dan ketenteraman awam sangat lah dihargai oleh pihak kementerian. Justeru, seramai 54,603 pesara polis, bekas polis dan waris  pesara/bekas polis telah berdaftar di bawah BHEPP yang terdiri daripada 44,889 pesara; 3,148 bekas polis; dan 6,566 waris pesara/bekas polis telah menerima pelbagai bantuan dari pihak kementerian.

Antaranya adalah, Bantuan Khairat Kematian, Bantuan Pergerakan, Bantuan Perubatan, Bantuan Pendidikan dan Bantuan Bencana Alam.

Semasa pembentangan Bajet 2024, YAB Perdana Menteri (merangkap Menteri Kewangan) telah mengumumkan Bayaran Insentif RM1,000 dipanjangkan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Selain itu, Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 yang diterima oleh Pesara Kerajaan termasuk Pesara Polis yang menerima pencen dan tidak berpencen sebanyak RM350 pada 17 Januari 2023 dan Bantuan Khas Penghargaan Pesara Kerajaan sebanyak RM200 yang telah diterima pada 10 Ogos 2023. -SM

Baca : PM bertemu Naib Presiden Indonesia Ma’ruf Amin untuk membincangkan pelaburan, perdagangan dan tenaga kerja

(Visited 52 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button