Nasional

DR Dahlia berjaya selia tiga pelajar PHD dalam 36 bulan

PENSYARAH kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Dahlia Janan terharu berikutan berjaya menyelia tiga pelajar Doktor Falsafah dalam masa 36 bulan sehingga bergraduat.

Beliau berbangga dengan pencapaiannya untuk melihat ketiga-tiga pelajarnya bukan sahaja tamat pengajian dalam tempoh yang singkat secara serentak malahan melihat kecemerlangan mereka selepas tamat pengajian.

Ketiga-tiga graduan yang menerima ijazah daripada Canselor, Tuanku Zarah Salim pada sesi pertama majlis Istiadat Konvokesyen ke-25 itu ialah Dr Mohd. Hafiz Mohamad Tarmizi,37, Dr Azizah Arshad,48, dan Dr Revathi Raja Gopal,49, berjaya menamatkan pengajian di bawah program Ijazah Kedoktoran Bahasa Melayu di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK).

Dr Dahlia berkata tiga pelajarnya yang mendapat tajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu sangat gigih untuk berjaya menamatkan pengajian secara GOT ( Grade on Time) dan mereka menjalankan kajian menggunakan metodologi Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan.

“Saya bersyukur kerana mencatat sejarah peribadi dengan kejayaan dalam penyeliaan pelajar pascasiswazah sehingga bergraduat serentak dan menerima ijazah daripada Canselor, Tuanku Zarah Salim sempena majlis Istiadat Konvokesyen UPSI ke-25 pada sesi pertama.

Beliau berkata, pelajarnya di bawah seliannya itu bukan sahaja tamat pengajian, tetapi berupaya menghasilkan inovasi yang didaftarkan sebagai harta intelek serta memenangi anugerah inovasi dalam pelbagai pertandingan, malah kini dalam proses menerbitkannya dalam bentuk modul dan model untuk dikomersialkan.

Dr. Dahlia Janan yang memenangi Tesis Literasi Terbaik 2011 di United Kingdom ketika belajar di University of Warwick berkata komited untuk menyerlahkan semua pelajar Doktor Falsafah bukan sahaja sekadar menamatkan pengajian tetapi menghasilkan inovasi yang dapat dimanfaatkan oleh pelbagai pihak.

Tesis Dr Azizah bertajuk “ Pembangunan dan Kebolehgunaan Garis Panduan Pelaksanaan Program Komuniti Membaca”, Dr Mohd Hafiz dengan tajuk “ Pembangunan dan Kebolehgunaan Modul Pengajaran Kefahaman Membaca Bahasa Melayu Melalui Pendekatan Pengajaran Bahasa Asing Dalam Kalangan Pelajar Bukan Penutur Natif”, manakala Dr Revathi dengan tesis bertajuk “Pembangunan Modul WATAK Bagi Kemahiran Membina Ayat Bahasa Melayu Murid Sekolah Tamil”.

“Dengan cara ini Anak Kandung Suluh Budiman (UPSI) dapat berbakti kepada ibu pertiwinya dan memberi limpah rahmat kepada masyarakat dalam dunia pendidikan.

Menurut beliau UPSI kini cemerlang dalam pelbagai bidang kajian dan menghasilkan graduan yang serba boleh tercapai dengan komitmen padu kerjasama antara pelajar, penyelia, fakulti dan pihak Institut Pengajian Siswazah (IPS).

“Alhamdulillah, saya dan pelajar mendapat sokongan padu daripada Dekan FBK, Prof Madya Dr. Mazura@Mastura Muhammad dan Timbalan Dekan ( Penyelidikan dan Inovasi) FBK, Dr. Alizah Lambri mendorong usaha menyemarakkan lagi inovasi dalam kalangan pensyarah dan pelajar,” katanya.

Kumpulan pelajarnya yang dinamakan SERAI itu mengorak langkah menjadi pakar rujuk bidang Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan di Universitas Palembang, Indonesia baru-baru ini sekali gus mengharumkan nama UPSI. -SM

Baca : Kerajaan sentiasa menjaga kebajikan pesara polis seluruh negara

(Visited 304 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button