fbpx
Nasional

Kerajaan digesa beri akses pendidikan kepada pelarian Rohingya

KERAJAAN digesa memberi ruang kepada pelarian Rohingya khususnya kanak-kanak mendapatkan pendidikan sewajarnya menggunakan kurikulum negara ini.

Pemberian peluang berkenaan dikatakan selaras dengan hak asasi kemanusiaan berkaitan akses pendidikan.

Justeru, kanak-kanak pelarian juga diharap dibenarkan untuk mendapatkan pendidikan formal di sekolah kebangsaan.

Ataupun, sebuah pusat bimbingan alternatif (PBA) khas dibina dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Organisasi Negara Islam (OIC).

“Kami mengalukan jawapan Menteri Pendidikan Senator Dr. Mohd Radzi Md Jidin berkata, menerusi PBA, kanak-kanak pelarian boleh mendapat akses pendidikan.

BACA > Tuduh hakim cucu saudara Dr. M, Ramesh Rao beri keterangan – Suara Merdeka

“Kami mencadangkan mereka (kanak-kanak Rohingya) dibenarkan menggunakan kurikulum negara ini.

“Namun kami menyarankan adalah lebih baik mereka boleh mendapat pendidikan formal disekolah kebangsaan.

“Paling tidak PBA dibangunkan khas dengan bantuan UN dan OIC untuk kanak-kanak itu mendapat pendidikan yang sempurna.”

Demikian kenyataan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid hari ini yang turut menggesa kerajaan menyemak semula status pelarian Rohingya.

Menurutnya, pelarian yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi bagi Pelarian PBB (UNHCR) tidak sepatutnya disamakan sebaga Pendatang Tanpa Izin (Pati).

Ini kerana, walaupun negara tidak meratifikasi Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967 berkenaan status pelarian, namun perlu mengiktiraf Undang-Undang Adab Antarabangsa.

Kata Mohd. Azmi, status Pati yang diberikan kepada pemegang kad UNHCR seperti warga Rohingya menyebabkan akses kepada pendidikan sukar diberikan kepada mereka.

BACA > Mahdzir terkejut dakwaan Rayyan dia terima RM60 juta – Suara Merdeka

“Kami menyeru agar Majlis Keselamatan Negara (MKN) Arahan No. 23 yang menyatakan bahawa pemegang kad UNHCR adalah berstatus Pati.

“Kami mencadangkan arahan itu disemak semula supaya aspek pendidikan diberi perhatian kerana ini adalah keperluan universal kepada semua kanak-kanak diseluruh dunia.

“Kami menyambut baik akses pendidikan PBA kepada kanak-kanak Rohingya, diberi pada tahun 2016 oleh kerajaan.

MOHD. AZMI ABDUL HAMID

“Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan garis panduan penubuhan dan pendaftaran PBA.

“Oleh itu kami mengharapkan kanak-kanak itu mendapat pendidikan yang berkualiti.

“Setakat ini kami menganggarkan tidak kurang dari 30,000 kanak-kanak pelarian berusia sekolah yang tidak berpeluang mendapat pendidikan dinegara ini,” jelasnya.

BACA > U Mobile dan Funding Societies tawarkan pembiayaan perniagaan – Suara Merdeka

Tambah beliau pemberian akses kepada pendidikan juga penting kerana penghantaran mereka ke negara ketiga tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

Malah, proses tersebut memakan masa bertahun, justeru jika kesempatan yang ada tidak dimanfaatkan kanak-kanak pelarian seperti etnik Rohingya dikatakan akan terbiar.

“Proses yang dilalui untuk dihantar mereka ke negara ketiga sering mengambil masa bertahun-tahun apatahlagi dalam keadaan pandemik Covid-19.

“Kehidupan mereka akan menerima kesan jangka panjang yang buruk sekiranya mereka dinafikan hak pendidikan dan kesihatan.

“Malaysia harus mencari jalan agar pendidikan berkualiti dapat diberi kepada kanak-kanak pelarian,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Azmi turut mengakui isu pendatang asing tanpa dokumen seperti pelarian Rohingya sukar diatasi.

BACA > Polis masih belum dapat kenal pasti penconteng mural – Suara Merdeka

Bagaimanapun, menurutnya, implikasi sosial akan diterima masyarakat tempatan jika kanak-kanak pelarian tidak mempunyai pendidikan. – SM

 

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button