Jenayah

Polis masih belum dapat kenal pasti penconteng mural

POLIS Diraja Malaysia masih belum dapat mengenal pasti pelaku yang menconteng mural potret pemimpin sehingga mengemparkan negara bulan lalu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin kualiti video kamera litar terrtutup (CCTV) di lokasi kejadian menyukarkan polis untuk mengenal pasti wajah suspek.

Justeru menurut beliau,, rakaman video itu telah dihantar kepada pakar bagi mengenalpasti identiti dan wajah suspek dalam kejadian di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 , Shah Alam 20 itu.

“Kes ini (conteng mural) masih dalam siasatan. Ia makan masa yang agak lama untuk lengkapkan kertas siasatan kerana tidak banyak CCTV dipasang di lokasi kejadian itu malah keadaan persekitaran semasa insiden itu juga sangat gelap.

“Bila kita nak zoom kamera (rakaman CCTV), gambar itu sudah pecah dan tidak jelas untuk cam wajah suspek.

“Jadi kita akan hantar kepada pihak profesional untuk mendapatkan imej yang lebih jelas untuk tentukan (identiti suspek),” katanya.

Rakaman CCTV tempat kejadian merakam dua imej wanita yang dipercayai telah mendatangkan khianat terhadap gambar pemimpin termasuk Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perbuatan mereka mendatangkan kemarahan rakyat yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai biadab lebih-lebih lagi ia melibatkan mural Yang di-Pertuan Agong.

Mereka mahu agar pihak polis segera menangkap pelaku agar hukuman sewajarnya dikenakan terhadap mereka.

Malah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menitahkan agar pencemar mural Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  dan pemimpin-pemimpin negara ditangkap segera.

Sultan Sharafuddin murka dan sangat dukacita dengan kejadian vandalisme terhadap mural tersebut yang berlaku di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam, Selangor.

Baginda bertitah, contengan kata-kata kesat di atas lukisan mural gambar Yang di-Pertuan Agong,  Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abudllah serta beberapa pemimpin lain sebagai perbuatan yang sangat biadap.-SM

 

 

(Visited 185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button