Nasional

Kerajaan akan bantu keluarga korban nahas pesawat di Elmina

TRAGEDI pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor petang semalam. Kerajaan akan menghulurkan bantuan sewajarnya kepada keluarga korban nahas pesawat di Elmina termasuk pengurusan jenazah dan bantuan kewangan kepada waris mangsa.

Demikian kata Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika melakukan lawatan ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ia bagi mengurangkan beban ditanggung keluarga waris khususnya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap termasuk pemandu e-hailing yang turut terkorban dalam tragedi tersebut.

“Sekarang kerajaan bagi semua bantuan yang diperlukan untuk menguruskan jenazah, semua kelengkapan termasuk penginapan.

“Selain itu kerajaan juga akan bagi bantuan kepada keluarga untuk tampung perbelanjaan harian terutama kepada yang tidak mempunyai pekerjaan tetap,” katanya. – SM

BACA Datuk Seri Johari Harun antara yang maut pesawat terhempas di Elmina?

BACA Pemandu e-hailing turut terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button