Nasional

Lokasi pesawat terhempas di Elmina selesai dibersihkan, laluan dibuka

PAGI tadi menerusi siaran radio dimaklumkan jalan masuk ke kawasan bandar Elmina, lokasi tragedi pesawat yang membawa enam penumpang, dua kru, dibuka pada petang ini untuk pengguna lalu lintas.

Pembukaan jalan itu dimaklumkan selepas pihak berkuasa selesai menjalankan kerja-kerja pencarian cebisan mayat termasuk membersihkan kawasan nahas pesawat di Elmina.

Pegawai Kanan Bomba Samsol Maarif Saibani berkata, jalan yang terjejas kini dibuka kepada orang awam dari kedua-dua arah.

“Bangkai dan serpihan sudah diambil untuk siasatan. Pembersihan telah dilaksana oleh anggota bomba di kedua-dua laluan masuk dan keluar dari Elmina.

“Polis sudah memberikan kebenaran bagi laluan itu dibuka kepada orang awam,” katanya.

Semalam, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, mengakibatkan 10 lelaki maut termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Johari Harun.

Lapan yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu e-hailing yang lalu di tempat kejadian.

Ketika insiden berlaku, pesawat itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat padajam  2.48 petang. – SM

BACA Nahas pesawat terhempas di Elmina: Tiada panggilan kecemasan dibuat

BACA Berhenti sebar visual, video tragedi pesawat terhempas, MCMC ambil tindakan

(Visited 94 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button