Ekonomi

Tayar Continental, Dunlop dan Viking raikan Merdeka Ke-66 dengan tawaran eksklusif

SEMPENA sambutan Hari Kemerdekaan tidak lama lagi, Continental Tyre Malaysia turut merayakan ulang tahun Negara yang ke-66 ini dengan menawarkan pelbagai promosi eksklusif kepada pelanggan yang ingin
membeli tayar baru untuk musim cuti yang akan datang.

Selain tayar Continental, jenama Jerman itu juga memperluaskan tawaran promosi untuk jenama anak syarikatnya, iaitu rangkaian produk Dunlop dan Viking yang popular dalam kalangan pengguna kenderaan di Malaysia.

Sempena pelancaran semula Total Confidence Plan (TCP, Program Waranti Tambahan)  baru-baru ini, Continental memperluaskan program ini kepada kedua-dua tayar jenama Dunlop dan Viking yang bersaiz 15” dan ke atas, berkuatkuasa 1 Ogos 2023.

Pengguna produk ini boleh menikmati perlindungan bahaya jalan raya untuk tempoh 12 bulan pertama dari tarikh pembelian, penggantian tayar 1 kepada 1 dan aplikasi mudah alih yang senang digunakan sebagai saluran penyelesaian dan tuntutan sehenti melibatkan pengedar yang mengambil bahagian di seluruh negara.

Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova, berkata: “Memandangkan sokongan padu yang kami terima sejak pelancaran pertama beberapa bulan lalu, kami berbesar hati untuk melanjutkan program Total Confidence Plan (TCP) kami kepada rangkaian produk Dunlop dan Viking disebabkan populariti jenama ini di
kalangan rakyat Malaysia.

“Kami berhasrat untuk memberikan keyakinan dan ketenangan fikiran kepada pemandu kenderaan apabila mereka mengembara ke seluruh negara, dengan memberikan jaminan bahawa pengalaman mereka dan keselamatan orang tersayang sentiasa menjadi keutamaan kami.

“Bersatu kita teguh, marilah kita bersatu sebagai satu keluarga dengan semua rakyat Malaysia sempena Hari  Kemerdekaan ini.”

Dari 17 Ogos hingga 30 September, beli sekurang-kurangnya dua tayar jenama Continental, Dunlop atau Viking di mana-mana pengedar yang mengambil bahagian di seluruh negara atau di kedai Shopee rasmi Continental untuk menebus baucar e-dompet Touch&Go melalui aplikasi Conti TCP.

Promosi ini terpakai untuk semua kereta penumpang, SUV, MPV dan 4×4 yang mempunyai tayar bersaiz 15” dan ke atas. Ia adalah terhad kepada seorang mengikut nama, IC dan nombor telefon sementara stok masih ada (tertakluk kepada ketersediaan).

Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai kempen Merdeka ini, sila layari www.continental-tyres.com.my dan ikuti kami di Facebook dan Instagram. Untuk maklumat tentang TCP dan terma & syarat program, layari https://www.continental-tires.com/my/en/b2c/tyres-warranty/total-confidence-plan/Overview.html. – SM

(Visited 268 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button