Politik

Keputusan kes Najib: Kesusahan yang berbaloi – Rafizi Ramli

SELEPAS bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan dana daripada SCR International Sdn. Bhd., Rafizi Ramli memuat naik status dengan ucapan tahniah di media sosialnya.

“Saya jarang ulas mengenai politik sekarang.

“Tetapi sebahagian besar masas saya sebagai Ahli Parlimen dihabiskan berdepan dengan skadal 1MDB dan SRC.

“Saya tidak pernah mengharapkan apa-apa dari usaha itu, tapi hari ini saya rasa segala kesusahan itu berbaloi.

“Syabas Malaysia,” katanya di laman sosial.

BACA> Sukar untuk cadangkan Najib jadi mangsa Jho Low – Hakim

Rafizi sebelum ini pada 2015 merupakan individu yang bertanggungjawab mendedahkan penyelewangan dana daripada SRC.

Mahkamah hari ini memutuskan bahawa Najib bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan dana daripada SCR International Sdn. Bhd.

Kesemua pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Keputusan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali pagi ini Mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam tuduhan pecah amanah.

Sebaliknya pihak pendakwaan telah berjaya menunjukkan melangkaui keraguan munasabah bahawa Najib telah menggunakan wang sebanyak RM42 juta untuk kegunaan peribadi seperti pembayaran kad kredit dan percutian.

BACA> Najib bersalah 7 tuduhan

Mahkamah juga mendapat pembelaan Najib bahawa wang berjumlah RM42 juta itu derma daripada keluarga diraja Arab Saudi tidak boleh diterima pakai dan tidak logik. -SM

(Visited 353 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button