MahkamahNasional

Sukar untuk cadangkan Najib jadi mangsa Jho Low – Hakim

Hakim berkata Jho Low sepenuhnya faham peranannya dan tiada keraguan bahawa dia berurusan dengan akaun bank Najib.

Malaysiakini melaporkan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata, sukar untuk mencadangkan Najib sebagai mangsa penipuan Jho Low.

Mohd Nazlan berkata tertuduh tidak bertindak dalam isu pengembalian dana SRC sebanyak RM42 juta atas alasan siasatan masih berjalan.

Semasa Mohd Nazlan menyampaikan keputusan dalam kes SRC bernilai RM42 juta terhadap Najib beliau berkata tertuduh dimaklumkan bahawa dana itu daripada SRC dan sebagai menteri kewangan beliau ialah pemilik syarikat itu daripada aspek undang-undang.

Hakim berkata tertuduh tahu berkaitan transaksi wang ke dalam akaun di AmBank Islamic tetapi tidak mendedahkannya.

Berkaitan akaun bank, hakim berkata Jho Low dan ketua setiausaha sulit Najib, Azlin Alias saling berhubung dengan tertuduh.

Saksi berkata SRC dan tertuduh tidak mengambil tindakan terhadap AmBank Islamic.

“Tanpa bantahan, tidak terdapat sebarang tanda-tanda (salah laku),” kata hakim.

 Hakim berkata pasukan pembelaan gagal menolak anggapan berdasarkan Akta SPRM 2009 berkaitan imbangan kebarangkalian dan gagal membangkitkan keraguan munasabah bawah Section 23(1) akta itu.

Hakim berkata bukti-bukti menunjukkan tertuduh tidak memulakan usaha mendapatkan kembali dana SRC daripada Switzerland, walaupun berkata akan ditangani secara kerajaan kepada kerajaan.

Hakim berkata tiada pertikaian bahawa kabinet meluluskan pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) sebanyak RM2 bilion kepada SRC International secara “tergesa-gesa”.

Hakim berkata permohonan Najib, ketika itu menteri kewangan yang bertanggungjawab terhadap KWAP, disampaikan kepada panel pelaburan badan itu.

Hakim juga berkata tertuduh terlibat dalam penubuhan SRC International Sdn Bhd. – SM

 

(Visited 323 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button