Politik

Keputusan bubar DUN Johor rugikan rakyat

MELAKA 25 Januari. – Keputusan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dengan alasan kerajaan negeri tidak stabil dianggap sebagai tidak berasas.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri, Zairi Suboh berkata, kerajaan yang diterajui UMNO itu masih mempunyai cukup majoriti untuk terus mentadbir dalam masa tempoh berbaki sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

Menurutnya, tiada alasan kukuh sebenarnya apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan sedangkan dalam kalangan parti pembangkang keseluruhannya tidak berhasrat untuk menarik sokongan terhadap
kepimpinan Hasni.

Beliau berkata, DUN Johor tidak wajar dibubarkan ketika kerajaan masih berdepan dengan pandemik Covid-19 khususnya penularan varian Omicron.

“Kita harus lihat penggal pentadbiran masih berbaki kurang lebih setahun sahaja lagi dan mengapa sampai tidak boleh tunggu selesai pandemik Covid-19 dan kedudukan ekonomi lebih stabil?

“Adakah Perlembagaan tidak membenarkan UMNO Johor terus berkuasa walaupun dengan hanya kelebihan 1 kerusi?

“Atau adakah desas-desus ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan bakal melompat ke kem pembangkang yang mungkin dikuatiri kerajaan negeri akan hilang kuasa seperti yang berlaku pada Mac 2020 yang lalu?” ujarnya semalam.

Zairi berkata, PRN Melaka November lalu diadakan ada asas tersendiri apabila empat ADUN menarik sokongan terhadap kerajaan negeri tetapi di Johor situasi itu tidak berlaku seperti itu.

Selain itu menurutnya, PRN Johor adalah suatu pembaziran wang rakyat ketika usaha pemulihan ekonomi sedang diusahakan oleh kerajaan.

Ini kerana katanya, PRN itu melibatkan perbelanjaan yang dianggarkan mencecah sekurang-kurangnya RM150 juta manakala di Melaka pula sebelum ini sebanyak RM46 juta.

(Visited 334 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button