Kesihatan

Kenali perbezaan antara cinnamon dan cassia agar tidak tersalah guna!

Dalam dunia etno-sains, kulit kayu manis sering dijadikan bahan utama bagi tujuan memasak atau perubatan berdasarkan kearifan watan.

Sehubungan itu, masyarakat yang biasa dengan bahan-bahan alam semula jadi tidaklah sesukar mana pun untuk melihat kulit kayu manis.

Namun sebagai masyakarat yang jauh dengan sumber alam ini, salah satu fakta yang perlu diketahui adalah perbezaan di antara cinnamon dan cassia.

Cinnamon dan cassia adalah kulit kayu yang datang dari keluarga kulit kayu manis yang memiliki ciri-ciri tersendiri namun tidak ramai yang mengetahuinya.

Cinnamon bersifat lebih lembut dan sedikit berbulu berbanding cassia yang keras seperti kayu namun dari segi bau, kedua-dua kulit kayu manis ini menghasilkan bau yang serupa.

Cinnamon biasanya bergulung dengan lebih rapat dan padat berbanding cassia yang bergulung dari dua sudut membentuk ruang yang lain pada bahagian tengah.

Selain itu, perbezaan cinnamon dan cassia boleh diukur pada tahap jumlah coumarin (bahan kimia semulajadi) yang terhasil daripadanya.

Menurut kajian, cinnamon atau kulit kayu manis daripada Sri Lanka lebih rendah jumlah coumarinnya dan selamat untu dimakan berbanding cassia.

Cassia atau kulit kayu manis daripada Indonesia atau Borneo dikatakan lebih tinggi jumlah coumarinnya dan boleh jadi beracun selain memberi kesan jangka panjang seperti kerosakan hati dan buah pinggang.

Bagi generasi hari ini yang kali pertama ke dapur, ramai di antara mereka tidak tahu bahan yang dibeli sama ada sesuai untuk digunakan atau sebaliknya asalkan yang dibawa pulang adalah kulit kayu manis.

(Visited 753 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button