HiburanLuar Negara

Kenali Ninety One, Kumpulan Q-pop Pertama Bolos Stereotaip Di Kazakhstan!

Fenomena K-pop yang menjadi kegilaan remaja masa kini telah menular hampir ke seluruh dunia dan memberi impak dalam industri muzik di seluruh negara.

Jika di Korea anda pasti kenal dengan kumpulan K-pop seperti Black Pink, Mamamoo, BTS, Super Junior, Exo dan ramai lagi, di Kazakhstan pun ada kumpulan kpop mereka tersendiri tau!

Mereka ini dikenali sebagai kumpulan Ninety One yang terdiri dari empat ahli iaitu Alem, ACE, ZaQ dan Bala.

Ninety One merupakan gabungan penyanyi lelaki yang dibentuk menjadi kumpulan Q-Pop atau Qazakh Pop (singkatan Kazakhstan Pop) dalam satu pertandingan nyanyian pada tahun 2014.

Apa yang lebih menarik perhatian para peminat mereka ialah salah seorang ahli anggota kumpulan ini, Ace atau nama penuhnya Azamat Kayratuly Ashmakyn merupakan artis rakaman dari sebuah agensi syarikat rakaman terkemuka di Korea iaitu S. M Entertainment yang bertanggungjawab melahirkan kumpulan idol korea seperti Red Velvet, Super Junior, Girl’s Generation dan ramai lagi.

Pada tahun 2015, Ninety One membuat kemunculan pertama dengan mengeluarkan single pertama dan mini album pertama mereka berjudul Aiyptama dan terus menghasilkan 2 lagi album mereka iaitu Qarangy Zharyq pada tahun 2017 dan Dopamine pada tahun 2018.

Biarpun membawa penampilan ranggi dan bergaya serta ligat menari di pentas persis artis korea, Ninety One bijak membawa identiti asal mereka dalam lagu-lagu mereka dimana kesemua lagu mereka adalah dalam bahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Kazakhstan!

Namun, adat resam sebagai penghibur, pasti ada pasang surutnya dan tidak indah seperti yang digambarkan banyak orang.

Pada awal kemunculan, mereka dilanda kontroversi kerana membawa imej yang bertentangan dengan norma budaya di Kazakhstan iaitu memakai baju yang berwarna cerah serta dikatakan berdandan seperti wanita.

Menurut masyarakat di Kazakhstan, penampilan mereka itu berkait dengan isu gender dimana ianya isu yang sensitif untuk negara konservatif seperti Kazakhstan.

Susulan daripada itu, ada yang membuat mereka protes terhadap konsert kumpulan Ninety One malah mereka juga pernah diugut bunuh! Dahsyat kan?

Tidak patah semangat, Ninety One masih kekal relevan dalam pasaran muzik genre pop dan sehingga kini, Ninety One telah menghasilkan lebih 20 buah lagu dengan jumlah tontonan 142,123,155, juta tontonan di Youtube!

(Visited 712 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button