Nasional

Rider Grabfood maut, motosikal langgar lubang di bahu jalan raya

SEORANG penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar lubang di baju jalan di Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, Selangor petang tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.15 petang melibatkan mangsa berusia 31 tahun yang juga seorang penghantar makanan (rider Grabfood).

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan melalui jalan PJU7/2 sebelum terlanggar lubang di bahu jalan.

“Motosikal jenis Yamaha LC135 yang ditunggang mangsa telah hilang kawalan dan terbabas di lorong kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, mangsa yang mempunyai alamat di Kg. Chempaka, Petaling Jaya telah disahkan maut ditempat kejadian oleh pembantu perubatan.


Jelasnya, bedah siasat akan dijalankan selepas mendapat keputusan Covid-19.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -SM

(Visited 617 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button