Politik

Kempen laporan polis terhadap Najib bermula hari ini – Rafizi Ramli

LAPORAN Polis terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak kerana cuai terhadap tuntutan waris Sulu akan difailkan oleh dua pemimpin PKR hari ini sebagai sebahagian daripada kempen untuk membuat laporan terhadap bekas perdana menteri itu.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad memfailkan laporan mereka pada pukul 11 pagi di Balai Polis Setiawangsa.

“Kami menyeru semua ahli dan pemimpin PKR di negara ini untuk membuat laporan esok di balai polis berhampiran,” kata Rafizi dalam catatan Facebook rasmi beliau.

Beliau turut memanjangkan jemputan tersebut kepada aktivis akar umbi daripada parti Amanah dan DAP.

“Hari Selasa hari yang dipilih untuk mengingatkan Najib tentang janjinya untuk menyaman Wall Street Journal berhubung skandal 1MDB yang tidak pernah berlaku,” katanya sambil menyediakan draf laporan polis di laman Facebook rasmi beliau untuk diisi.


Ketika berucap di Perhimpunan Agung PKR baru-baru, Rafizi membuat gesaan supaya laporan terhadap Najib berhubung tuntutan pewaris Kesultanan Sulu pampasan berbilion-bilion kerana menyerahkan kedaulatan ke atas Sabah.

Sebagai tindak balas, Najib telah mencabar ahli PKR membuat laporan polis terhadapnya jika benar beliau menyiarkan pembohongan di media sosial dan juga mengatakan beliau tidak takut dengan ugutan mereka.

Waris Sulu memperoleh perintah rampasan terhadap dua anak syarikat Petronas yang didaftarkan di Luxembourg minggu lepas. Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan berkata perintah itu tidak sah. Petronas berkata tindakan itu tidak berasas. – SM

Artikel berkaitan > Anwar Ibrahim hilang populariti-Rafizi Ramli

(Visited 100 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button