KesihatanNasionalPenyakit

Jangkitan Covid-19 turun kepada 3,080 kes

LAMAN sesawang CovidNow memaklumkan, data yang diperoleh tentang Covid-19 mendapati, jangkitan harian berkurangan kepada 3,080 kes baharu semalam berbanding 3,936 kes kelmarin.

Menurut data di laman sesawang CovidNow itu, ia membabitkan 3,079 kes penularan tempatan dan satu kes import.

Tujuh kematian direkodkan semalam, termasuk tiga kes melibatkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ini menjadikan keseluruhan jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,626,061 kes dan 35,862 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 42,185 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 57 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 37 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.3% atau 40,622 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 34 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,472 orang atau 3.5% dirawat di hospital.

Seramai 3,399 pesakit dilaporkan sudah sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhannya kekal kepada 7,026 kluster, dengan 12 daripadanya masih aktif. – SM

(Visited 82 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button