Politik

Anwar Ibrahim hilang populariti-Rafizi Ramli

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan sudah hilang popularitinya dalam kalangan ahli parti dan rakyat.

Rafizi Ramli, Timbalan Presiden PKR kata:

  1. Anwar Ibrahim sudah hilang populariti dengan Ahli-Ahli PKR dan Rakyat.
  2. Survey dengan 3,000 orang oleh INVOKE, Nurul Izzah menerima sokongan positif daripada 49% dan Anwar hanya menerima feed-back yang positif daripada 29% peratus sahaja.
  3. Populariti menurun terhadap Anwar Ibrahim akan memberi implikasi negatif terhadap peluang parti PKR ketika berhadapan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
  4. Rafizi juga kata, populariti Anwar Ibrahim dengan pengundi-pengundi semakin jauh semenjak 2 tahun ini. Ini jelas kelihatan dengan keputusan Pilihanraya Negeri di Melaka, Sarawak dan Johor.

PERSOALANNYA

  1. Adakah ini bermakna serangan Rafizi terhadap Anwar Ibrahim minggu ini di Konvension PKR bermakna Rafizi mahu Anwar berundur sebelum PRU ke 15.

Atau ini hanya merupakan helah Rafizi menagih simpati dari rakyat untuk Anwar Ibrahim.

6.  Sesungguhnya apa yang pasti, hubungan antara Rafizi dan Nurul Izzah terhadap Anwar Ibrahim adalah amat dingin semenjak kebelakangan ini.

Nurul Izzah kini bergabung dengan Rafizi, seolah-olah mahukan Anwar berundur dari politik.

  1. Perkara yang kedua, kedengaran semenjak kebelakangan ini Nurul Izzah mengunakan perkataan, “look at your husband, buat begini buat begitu” to refer to Anwar Ibrahim kepada ibunya Wan Azizah.

Nurul Izzah tidak lagi memanggil Anwar sebagai Papa.

Begitulah dinginnya hubungan antara bapa dan anak didalam parti PKR ini.

Kita tunggu perkembangan seterusnya, samada Rafizi dan Nurul Izzah berjaya memastikan Anwar Ibrahim berundur sebagai Presiden PKR sebelum PRU15. – SM

(Visited 667 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button