Rencah Hidup

Kempen ‘cashless’ beli juadah di Bazar Ramadan Perlis

PEMBELIAN tanpa tunai atau ‘cashless’ adalah trend masa kini.

Tidak perlu lagi membawa duit tunai, sebaliknya hanya mengimbas kod “QR Pay” bagi pembayaran secara online.

Perlis juga menggalakkan rakyatnya supaya membudayakan “cashless” termasuk membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kangar (MPK).

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Azizan Sulaiman berkata, setakat ini 90 peratus daripada peniaga Bazar Ramadan terlibat untuk kempen ini.

Katanya, sebenarnya kempen “cashless” ini telah diperkenalkan pada tahun lepas di Bazar Ramadan Persiaran Wawasan Kangar.

Bagaimanapun katanya, tahun ini kempen ini diperluaskan pula di Bazar Ramadan Arau.

Sebelum itu Azizan juga melancarkan kempen “cashless” ini di Bazar Ramadan Arau semasa lawatan “walkabout” di sini.

Sebelum itu, Azizan melakukan “walkabout” di Bazar Ramadan Persiaran Wawasan Kangar.

Hadir sama Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Norazlan Yahaya.

Azizan berkata, kemungkinan di peringkat awal ini, pengguna masih kekok dengan “cashless”.

Bagaimapun katanya, pihak MPK, perbankan terlibat akan berusaha dengan cara masing-masing untuk menarik minat pengunjung menggunakan kemudahan baharu ini. – SM

(Visited 389 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button