Nasional

Kementerian Pendidikan kaji semula sukatan pelajaran Tingkatan Enam

KEMENTERIAN Pendidikan menyasarkan untuk melaksanakan sukatan pelajaran baharu bagi Tingkatan Enam. Ia dijangka bermulai Semester 1 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2026.

Dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web rasmi Parlimen hari ini, kementerian berkata ia sedang menyemak semula sukatan pelajaran mata pelajaran Tingkatan Enam. Supaya ia seiring dengan perkembangan semasa bagi memenuhi keperluan negara.

Ia juga bagi memastikan sukatan pelajaran sejajar dengan sukatan pelajaran A-Level yang diuruskan oleh Cambridge Assessment International Education, United Kingdom, kerana sijil STPM telah diiktiraf setaraf dengan A-Level sejak 1982.

Menurut kementerian itu, kajian semula itu dijangka siap pada 2025.

“Pada masa ini, beberapa siri bengkel dan sesi libat urus sedang giat diadakan,” katanya menjawab soalan Zakri Hassan (PN-Kangar) yang ingin tahu bilakah kerajaan akan menukar sukatan pelajaran Tingkatan Enam kerana ia sudah lama tidak disemak dan kurang relevan dengan keperluan semasa.

Kementerian juga mengambil kira ulasan dan maklum balas daripada guru Tingkatan Enam, bekas calon STPM dan pensyarah universiti dalam sesi libat urus itu. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button