Nasional

Kelantan dikenakan PKP bermula esok

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Kelantan bermula esok sehingga 26 Januari depan.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 1,649 kes positif Covid-19 direkodkan sehingga 14 Januari lalu di negeri tersebut.

“Sejak 10 Januari lalu, purata kes harian juga meninggkat di antara 80 hingga 100 kes sehari.

“Kes aktif juga meningkat mendadak dalam tempoh 14 hari iaitu daripada 328 kes kepada 891 kes,” katanya dalam sidang akhbar perkembangan Covid-19 hari ini.

Menurut Ismail Sabri, Kementerian Kesihatan juga mengesahkan 90 peratus daerah di Kelantan berada di bawah zon merah dan jingga.

Ujarnya, tujuh daerah zon merah ialah di Kota Bharu, Tumpat, Gua Musang, Machang, Kuala Krai dan Tanah Merah.

“Dua daerah berada di zon kuning iaitu Pasir Putih dan Pasir Mas manakala satu daerah di zon jingga iaitu Jeli,” katanya.

Tambahnya, pematuhan operasi standard (SOP) yang sama seperti negeri yang sedang dilaksanakan PKP juga akan digunapakai di Kelantan. -SM

(Visited 223 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button