Sukan

Kejuaraan Pencak Silat Dunia ditunda tahun depan

KEJUARAAN Pencak Silat Dunia ke-20 yang dijadual berlangsung Ogos ini di Kuching, Sarawak ditunda ke tahun hadapan.

Pemangku Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah berkata, penangguhan itu disebabkan pandemik COVID-19 di seluruh dunia.

“Delegasi Pesaka akan ke Sawarak dalam masa terdekat untuk berbincang mengenai tarikh baharu (kejuaraan) selain mendapatkan pandangan pihak berkaitan dalam isu keselamatan dan kesihatan semasa penganjurannya nanti,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya, berdasarkan perancangan awal, lebih 1,000 atlet dan pegawai daripada 70 negara akan mengambil bahagian dalam kejuaraan tersebut.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos, menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berakhir Selasa ini.

Bagi tempoh PKPP itu aktiviti sukan yang melibatkan sentuhan badan tidak dibenarkan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button