Nasional

PKPB: Kenderaan diperiksa turun kepada 194,450

MENJELANG sehari sahaja lagi sebelum berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), jumlah kenderaan yang diperiksa oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan penurunan kepada 194,450 semalam, berbanding 225,345 kenderaan kelmarin.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PDRM turut menahan 60 individu atas kesalahan ingkar PKPB termasuk 53 direman sementara tujuh lagi diberi jamin polis.

“PDRM turut mengeluarkan kompaun kepada 277 individu termasuk 30 daripada kompaun itu dikeluarkan di sekatan jalan raya,” katanya pada sidang akhbar hariannya hari ini.

“Pemeriksaan tersebut dibuat dalam 133 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri di seluruh negara,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Ismail berkata, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 75,182 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPB.

Sementara itu, beliau berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melakukan 7,780 operasi sanitasi merangkumi 132 zon setakat semalam.

“Semalam (Ahad) sebanyak 40 operasi sanitasi dilakukan di 30 zon membabitkan 10 negeri antaranya Sabah, 10 operasi,  Johor (tujuh operasi) sementara Sarawak (enam operasi),” ujarnya. – SM

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button