Sukan

Kejayaan Quartararo lonjak jenama Malaysia

KEJAYAAN pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) Fabio Quartararo meraih kejuaraan sulung MotoGP, di Litar Jerez, Sepanyol, semalam, telah mengharumkan jenama Malaysia di pentas sukan permotoran antarabangsa.

Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali berkata kejayaan yang dilakar pelumba dari Perancis itu, turut menaikkan jenama Petronas dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam saingan kelas premier perlumbaan dua roda berkenaan.

“Setakat ini, saya masih tidak percaya dengan apa yang terjadi, namun itulah keputusannya, kita dapat nombor satu.

“Pasukan satelit (Yamaha) pertama meraih kemenangan dalam sejarah perlumbaan MotoGP sejak 22 tahun lepas,” kata Razlan dalam satu rakaman video pendek selepas perlumbaan itu.

Razlan berkata  Petronas Yamaha SRT terus melakukan persiapan rapi bagi menghadapi saingan GP Andalusia yang dijadual berlangsung minggu depan di litar yang sama.

Quartararo, 21, yang bermula di petak depan, mendahului pelumba Sepanyol Maverick Vinales dari Monster Energy Yamaha dan pelumba pasukan Ducati, Andrea Dovizioso dari Itali, yang masing-masing menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga.

Perlumbaan pembukaan MotoGP musim ini, turut menyaksikan juara dunia, Marc Marquez gagal menamatkan perlumbaan ekoran terjatuh ketika di pusingan ke-22, manakala seorang lagi pelumba Petronas Yamaha SRT Franco Morbidelli menamatkan saingan di tempat kelima. – BERNAMA

(Visited 90 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button