Berita

Kecoh bangunan nak tumbang di Kuala Lumpur

Tiba-tiba beredar mesej di dalam aplikasi mesej singkat mengenai bangunan yang hampir tumbang  di Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Mesej yang dipanjangkan oleh rakan-rakan menyatakan kejadian berlaku di bertentangan dengan Hotel Pullman dan meminta orang ramai menjauhi kawasan berkenaan.

Bagaimanapun bangunan yang sedang dalam pembinaan itu memang direka sedemikian iaitu condong dan bercantum dengan bangunan bersebelahan.

Jalan sesak bukan disebabkan kejadian itu tetapi hari ini hari Isnin memang ramai sedang bergerak untuk pulang kerja atau membeli-belah untuk persiapan sambutan Krismas.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button