BeritaPolitik

Saya sengaja umumkan untuk bersumpah dua hari lebih awal – Najib

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau membuat pengumuman lebih awal bertujuan memberi ruang untuk pihak berkuasa agama seperti JAWI dan Mufti Wilayah membantah atau menghalang beliau.

“Ini bukan kali pertama saya lakukan begini. Saya pernah mengumumkan untuk bersolat Jumaat di Masjid Ar-Rahman (UM) lebih awal. Namun atas kesukaran dari pentadbiran masjid, saya batalkan hasrat, dan tunaikan solat di Masjid Kerinchi yang berhampiran.

“Ya, saya orang yang mudah dibawa bincang.

“Jika ada bantahan awal, sudah pasti saya akan menarik kembali hasrat saya. Malangnya tiada,” katanya dalam hantaran ke facebook.

Najib berkata selepas dua hari saya bersumpah, maka JAWI dan pejabat mufti Wilayah Persekutuan secara serentak mengeluarkan kenyataan.


“Mungkin ianya kebetulan. Walaupun begitu, saya tetap mengambil nasihat dan kritikan dengan hati yang terbuka.

“Hati saya cukup berat, ya mungkin Allah bagi saya petunjuk kepada saya bahawa isu bersumpah akan menjadi polemik besar,” kata Najib.

“Dan saya berdoa dengan kemuliaan yang Allah berikan kepada Saad bin Abi Waqqas atas doa beliau.

“Saya kongsikan kembali doa itu.

“… Demi Tuhan yang diriku dalam genggaman-Nya dan Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam genggamanMu.

Ya Allah! Aku berdoa sebagaimana doa yang diucapkan oleh Saad bin Abi Waqqas terhadap mereka yang telah memfitnah, berdusta dan cuba menganiaya diriku,

Ya Allah Azza wa Jalla, jika mereka itu berdusta, berdiri kerana riya’ atau sum’ah, maka panjangkanlah umurnya, jadikan kehidupan mereka dalam kefakirannya dan hadapkanlah dia kepada fitnah dan pembalasan-Mu Ya Allah.

Ya Allah! Sekiranya aku tidak bersalah dan tuduhan mereka itu ternyata dusta, timpakanlah laknat-Mu ke atas mereka dan timpakanlah laknat-Mu ke atas ahli keluarga mereka. Sesungguhnya azab Mu amat berat sekali….”

Ya, anda lebih faqeh dalam bidang agama. Dan anda lebih tahu kesan doa orang teraniaya.

Najib membuat sumpah berkenaan jumaat lalu setelah Azilah Hadri yang kini sedang menunggu proses hukuman gantung selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, telah mengemukakan kenyataan bersumpah bahawa dia telah diarahkan oleh Najib melakukan perbuatan itu.

(Visited 18 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button