Nasional

2 wanita maut dihempap runtuhan struktur binaan lebuh raya SUKE

DUA wanita berusia 40an disahkan meninggal dunia dalam kejadian runtuhan jambatan Lebuh Raya Bertinngkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Desa Tun Razak menghala Ampang Kuala Lumpur hari ini.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kedua-duanya terperangkap di dalam van kilang yang dihempap runtuhan struktur binaan lebuh raya tersebut bersama tiga mangsa yang lain.

“Selain dua maut, tiga lagi mangsa iaitu seorang lelaki dan dua wanita mengalami kecederaan parah.

“Mangsa lelaki berusia 47 tahun manakala dua lagi mangsa wanita berusia 51 dan 54 tahun,” katanya.

Menurut Nordin, mangsa pertama dikeluarkan pada pukul 8.53 malam melibatkan lelaki yang juga pemandu van kilang berkenaan.

Gambar media sosial

Ujarnya, pada pukul 9.15 malam, mangsa kedua dikeluarkan dengan diikuti mangsa ketiga kira-kira dua minit selepas itu.

Dua lagi mangsa berjaya dikeluarkan pada kira-kira pukul 9.19 malam bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi kejadian.

Terdahulu, JBPM mengesahkan telah menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.58 petang.

Sementara itu, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd. selaku pemaju bagi projek SUKE berkata, kejadian runtuhan itu berlaku akibat rempuhan pada perancah pembinaan oleh sebuah treler

“Treler berkenaan yang membawa lebih muatan dikatakan telah merempuh perancah besi pembinaan menyebabkan ia runtuh.

“Treler itu juga tidak terlibat di dalam pembinaan lebuh raya SUKE,” katanya dalam satu kenyataan. -SM

(Visited 458 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button