Nasional

KBS jelas lima golongan belia perlu diberi perhatian

BELIA yang tidak bekerja, tiada dalam institusi pendidikan dan latihan adalah kategori yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

Kategori belia tersebut dilihat berisiko tinggi keciciran terutama dalam menghadapi impak pasca Koronavirus (Covid-19) dan proses pemulihan ekonomi.

Hal ini penting kerana beberapa negara termasuk anggota Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) sudahpun mengenalpasti kategori belia sedemikian.

Ini kerana, kategori tersebut sebelum ini dikatakan tidak pernah dicatatkan di mana-mana dalam negara sebagai kumpulan yang perlu diberi perhatian.

“Belia ke lima yang sebelum ini tidak pernah tercatat di mana-mana dalam negara kita sudah dikenalpasti KBS untuk dijadikan kumpulan belia yang perlu diberi perhatian khusus.

BACA > Apple kini bernilai AS$2 trilion, Covid-19 lonjak perniagaan – Suara Merdeka

“Mereka adalah belia yang disebut sebagai ‘NEET’.

“Iaitu, belia yang tidak bekerja, tiada dalam institusi pendidikan dan latihan.

“Di merata-rata dunia negara OECD seperti Australia, United Kingdom dan Japan ada jumlah yang disebut sebagai NEET.

Namun NEET di Malaysia di anggap dalam kumpulan yang dikatakan sebagai blindspot.

“Maka sebab itulah usaha dibuat secara berterusan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (HRM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mengenalpasti ‘NEET’ ini.”

Demikian ucapan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam dalam majlis perasmian Inisiatif Penjana Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF).

Beliau berkata demikian di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

BACA > Hijrah ajar kepentingan sanggup berubah – Raja Muda Perlis – Suara Merdeka

Dalam majlis tersebut, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan memaklumkan lebih 15,000 rakyat Malaysia mendapat pekerjaan melalui program latihan yang diberikan HRDF.

Melalui program tersebut seramai 15,215 pelatih sudahpun melepasi temuduga dan akan menjalani latihan sebelum ditempatkan selama 12 bulan di industri.

Dalam pada itu, Reezal Merican turut menggariskan empat lagi kategori belia yang wajar dibantu dan diberi perhatian dalam proses pemulihan ekonomi.

Menurutnya, mereka dikategorikan dalam kumpulan tertentu merupakan ‘Belia Resah’.

“Belia pertama adalah yang berada dalam sektor pekerjaan dan berkemungkinan kehilangannya akibat pasca Covid-19.

“Belia kedua adalah berada dekat institusi pengajian tinggi di bawah naungan KPT yang akan memasuki sektor pekerjaan.

BACA > Dr Noor Hisham dinobat Tokoh Maal Hijrah 2020 – Suara Merdeka

“Mereka juga adalah dianggap Belia Resah yang terkesan daripada penularan Covid-19 ini.

“Belia ketiga adalah yang sedang berada dalam bidang keusahawanan, namun mereka berada dalam keadaan yang sangat sukar.

“Mereka terjejas secara langsung akibat Covid-19.

“Keempat pula adalah belia yang berada dalam Gerak Insan Gemilang (GIG) industri, informal economy seperti e-hailing atau semua berada dalam kumpulan freelancing.

“Mereka tidak mempunyai tampungan yang disebut sebagai social security net. 

“Mereka berada dalam kalangan yang memerlukan Reskilling, Upskilling untuk memastikan kelestarian hidup mereka, demikian juga Cross-skilling,” jelasnya.

Justeru menurut beliau, usaha yang dilakukan HRDF berjaya menurunkan kadar pengangguran kepada 4.9 peratus pada Jun 2020 berbanding 5.3 peratus sebelumnya.

BACA > Penjana HRDF tawar gaji permulaan RM1,800 hingga RM7,000 – Suara Merdeka

Sebagai makluman, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM295 bilion.

Peruntukan tersebut merupakan pelan jangka pendek ekonomi yang di panggil sebagai Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button