Luar Negara

Katil tempat beradu Ronaldo dan Georgina perlahankan penuaan

Georgina kongsi gambar katil berharga RM168,827

GEORGINA Rodriguez mendedahkan rahsianya mendapatkan tidur yang lena di atas katil berharga 31,000 pound (RM168,827). Model berasal dari Sepanyol itu menunjukkan betapa selesa dan berbaloinya dia melabur ke atas katil tersebut yang dipercayai dapat membantu memperlahankan proses penuaan.

Pada usia 35 tahun, pasangan Georgina iaitu bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo sudah pasti berusaha keras menentang masa yang mengejarnya untuk terus mempamerkan persembahan menakjubkan bersama Juventus dan Portugal.

Sebuah katil jenama Hogo dikatakan berupaya membantu atlet mendapatkan tempoh pemulihan yang cukup. Pada Khamis, Georgina telah berkongsi sekeping gambar sebuah katil yang besar dan menyamakan katil itu seperti ‘awan’.

Dalam Instagram, dia menulis: “Masa untuk membuat pengakuan! Hari saya bermula sebaik saya membaringkan tubuh untuk tidur di atas katil HOGO milik saya.

“Saya tidur seperti berada di awan merupakan rahsia saya bagi mengharungi gaya hidup yang sibuk.

“Saya dapat berasakan perbezaannya sejak hari pertama lagi dan selepas beberapa ketika tidur di atas katil ini, saya tidak akan sesekali menukarnya dengan katil lain!”

Syarikat Hogo berkata, katil mereka itu telah dijamin secara saintifik dapat melambatkan proses penuaan.

Berdasarkan penjelasan syarikat tersebut: “Hogo satu-satunya katil yang dijamin dari segi saintifik dan sistem rehat yang dipatenkan di dunia dapat mengurangkan usia biologi secara semula jadi dengan melambatkan proses eksudasi dan keradangan yang menyebabkan kita semakin menua.”

Sememangnya tidak diragui mendapatkan tidur yang lena di waktu malam merupakan kunci kepada mengurangkan tekanan, sama ada dari segi emosi atau fizikal.

Ronaldo bukan satu-satunya pemain bola sepak yang menikmati kelebihan Hogo, apabila bintang Atletico Madrid, Marcos Llorente adalah peminat tegar jenama berkenaan.

Llorente pernah berkongsi gambar katil itu yang memaparkan pasangannya dan dua ekor anjing peliharaan mereka sedang berehat pada musim panas.

Ronaldo difahamkan telah meminta pakar tidur, Nick Littlehales untuk memaksimumkan pemulihannya. Pakar tersebut pernah bekerja dengan Manchester United sewaktu di bawah teraju Alex Ferguson dan Ronaldo dilaporkan mengamalkan tidur siang beberapa kali dalam sehari.

Bintang Juventus itu, yang baru sahaja meledakkan jaringan ke-750 dalam kariernya, turut mematikan kesemua skrinnya 90 minit sebelum waktu tidur. – The Sun – SM

(Visited 813 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button