Jenayah

Kanak-kanak hilang di Johor ditemui bersama 2 lelaki dan seorang wanita di Batang Kali

KANAK-KANAK perempuan 6 tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu ditemui selamat.

Mangsa, Albertine Leo ditemui di satu lokasi di Batang Kali, Selangor dalam keadaan selamat.

Penemuan itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebentar tadi.

Semalam, Polis Johor menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes kehilangan mangsa.

Albertine Leo Jia Hui disedari hilang oleh keluarganya kira-kira jam 8.30 malam, Sabtu lalu ketika mengikut bapanya ke pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Susulan tangkapan tiga suspek, kehilangan mangsa diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.

Tiga suspek termasuk seorang wanita itu direman empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Suhaili Sapun itu bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, dua suspek lelaki tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru masing-masing berpakaian lokap oren dan ungu pada jam 8.45 pagi diiringi anggota polis dengan tangan bergari.

Seorang lagi suspek wanita tiba 10 minit kemudian dengan pakaian lokap oren dikawal ketat anggota polis wanita.

Semalam, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 28 hingga 55 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari di sekitar kawasan Gelang Patah, Iskandar Puteri.

Artikle Berkaitan :>

Polis mohon kerjasama kesan kanak-kanak hilang

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button