Politik
“Kami Tak Nak Banyak, Kami Nak Wakil Rakyat Kami Mesra Anak Muda” – Pengundi
Ketika bertemu dengan pengundi di DUN N47 Kempas, calon Perikatan Nasional (PN), Nur Faizal Abdullah mengambil peluang untuk mendekati anak muda.
Ketika ditanya apakah kemahuan anak muda di DUN N47, ada di antara mereka menjawab mahukan seorang wakil rakyat yang mesra anak muda.
Jawapan itu memberikan gambaran yang cukup jelas bahawa sikap pemimpin terdahulu yang menguntungkan orang-orang terdekat tidak begitu dihargai oleh anak muda yang juga sedang melihat dunia.