NasionalPolitik

“Kami Cuma Nafi, Bukannya Tak Get Ready,” UMNO Diam-Diam Hantar Surat Bubar DUN 23 Januari Ini?

Sumber dalaman UMNO mengesahkan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad telah pun menghantar surat permohonan pembubaran DUN kepada pejabat Speaker DUN.

Selain didakwa mendapat perkenan istana, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga dikatakan telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar bagi membincangkan perkara itu.

Namun demikian jika benar dakwaan ini, apakah kenyataan barisan UMNO Johor selama ini yang sering menafikannya kepada media bersifat suatu pembohongan?

Hal ini demikian kerana sumber memaklumkan pembubaran DUN mungkin berlaku pada 23 Januari (Ahad) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Sedangkan pada perancangan awal, UMNO dikhabarkan merancang untuk membubarkan DUN pada awal Februari selepas Tahun Baharu Cina namun tak sangka diawalkan pula.


Ketika bertanya kepada salah seorang akar umbi UMNO, ada yang secara berseloroh memberi maklum balas bahawa kejutan itu mungkin boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Kami (UMNO) cuma nafi, bukannya tak get ready. Kalau betul bubar DUN jadi 23 Januari ini, kami akan pastikan semua parti lain ‘mati’ dan tak layak dapat undi orang Johor.

“Cukuplah UMNO memerintah sebagai parti dominan dan Melaka sudah buktikan bahawa tanpa pengundi lalang sekali pun, akar umbi sahaja boleh pastikan kemenangan tersebar UMNO,” katanya.

 

(Visited 479 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button