Nasional

 Jualan tiket VTL Malaysia-Singapura dibuka semula hari ini

MENTERI Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, jualan tiket bas dan penerbangan bagi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura dibuka semula berkuat kuasa hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, kuota tiket dijual yang bermula hari ini akan dikurangkan daripada kuota sedia ada iaitu pengurangan 50% daripada kapasiti bas dan penerbangan.

Katanya lagi, penumpang yang telah membeli tiket bagi tarikh perjalanan selepas 20 Januari sebelum pengumuman penggantungan jualan tiket dibuat dibenarkan meneruskan perjalanan menggunakan inisiatif ini mengikut kuota ditetapkan sebelum ini.

“Garis masa berhubung peningkatan kuota jualan tiket akan bergantung kepada penilaian risiko yang akan dibuat berdasarkan situasi Covid-19 semasa di kedua-dua negara,” kata Khairy dalam satu kenyataan.

Pada 22 Disember lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan jualan tiket VTL darat dan udara digantung sementara.

Ia susulan pengesanan satu kluster Covid-19 di Singapura yang mencatatkan tiga kes penularan tempatan dengan kemungkinan dua daripadanya membabitkan varian Omicron. – SM

(Visited 105 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button