Nasional

Kaji dulu sebelum nak bina lapangan terbang Kulim

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan bahawa kerajaan persekutuan menindas mana-mana negeri dalam soal penyaluran peruntukan mahupun pembangunan, termasuk dalam isu pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) di Kedah.

Anwar berkata, cadangan pembinaan lapangan terbang memerlukan kajian yang teliti sebelum boleh dilaksanakan kerana ia melibatkan beberapa aspek penting terutamanya keselamatan negara, selain perlu melalui prosedur dan peraturan tertentu.

“Lapangan terbang ini bukan boleh bagi senang-senang nak buat …ia sentuh soal keselamatan negara.”

“(Antaranya) perlu tanya TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia), boleh lepas atau tidak zon penerbangan,” kata Anwar pada program Minum Petang bersama penduduk Kampung Sama Gagah.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor dilaporkan berkata, Anwar harus mengetepikan “kepentingan peribadinya” dan mempercepat kelulusan pembinaan KXP.

Menurut Sanusi, beliau telah berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan projek itu yang terletak dalam perbandaran Kedah Aerotropolis. – SUMBER FMT – SM

BACA KLIA antara 9 lapangan terbang terbaik dunia

BACA Bina lapangan terbang di Seri Iskandar jika BN menang PRU15

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button