Ekonomi

Kad kredit khas untuk guru di Malaysia dari Bank Rakyat

BANK Rakyat memperkenalkan Kad Kredit-i Cikgu Sejati khusus buat warga guru sebagai tanda penghargaan terhadap peranan, jasa dan pengorbanan para pendidik tanah air sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-53.

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-53 ini bertemakan ‘Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI’ yang diadakan bermula 14 Mei 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC), Kuantan, Pahang.

Bank Rakyat kenalkan kad kreadit khas untuk guru-guru di Malaysia

Majlis ini dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang dan Yang Berhormat Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia.

Inisiatif ini juga melambangkan penghargaan Bank Rakyat yang merupakan salah satu rakan strategik Cuti-Cuti Cikgu yang diperkenalkan pada sambutan Hari Guru pada tahun 2023.

Kad Kredit-i Cikgu Sejati ini merupakan Kad Kredit-i patuh Syariah ditawarkan kepada warga guru di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Dr. Mohammad Hanis Osman berkata, Kad Kredit-i ini turut menawarkan pelbagai faedah eksklusif dan ciri utama khas untuk memenuhi keperluan kewangan dan memberi manfaat kepada warga guru selain mempunyai reka bentuk yang menarik dan moden.

Selain itu, pelanggan turut berpeluang menikmati pulangan tunai sebanyak lima peratus bagi mana-mana transaksi di stesen minyak, kedai buku, hotel dan kedai alat tulis di seluruh negara dengan menggunakan Kad Kredit-i Cikgu Sejati Bank Rakyat.

Di samping itu, Kad Kredit-i ini turut menawarkan pelan bayaran ansuran sebanyak kosong peratus tanpa sebarang caj dikenakan.

Inisiatif ini sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat untuk beralih kepada transaksi tanpa tunai bagi memenuhi keperluan gaya hidup yang semakin digital dan ringkas menerusi penggunaan e-pembayaran melalui kad kredit.

Beliau berkata, ciri-ciri lain termasuklah tiada yuran tahunan, tiada caj tambahan bagi transaksi luar negara yang melibatkan pertukaran wang asing, perlindungan takaful keluarga secara percuma serta khairat kematian sebanyak RM1,000.

Artikle Berkaitan :>

Bank Rakyat rai 700 anak yatim sempena Aidilfitri di seluruh negara

Iklan Raya ”Tulus Ikhlas” arahan pertama Aaron Aziz untuk Bank Rakyat

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button