Ekonomi

K-Colly bakal ambil tindakan undang-undang terhadap dua individu fitnah

JENAMA produk makanan kesihatan tambahan popular K-Colly bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap 2 individu kerana mendakwa jejaskan kesihatan sehingga buah pinggang mengecut dan meninggalkan komen berunsur fitnah.

Tuduhan itu di di muat naik dalam sebuah video yang telah tular di TikTok sehingga mencapai 2 juta jumlah tontonan pada Mei lalu selain komen fitnah tentang produk itu di Facebook.

Sehubungan itu syarikat tempatan itu telah mengadakan satu sidang media bersama peguamnya yang dilantik iaitu Azreen Azmi dari Tetuan Adnan Sharida Sharida & Associates dan Dr Mohd Redza Abd Rahman Saintis dari syarikat Synamatix, bagi menjelaskan isu berkenaan.

Menurut Pengurus Besar K-Colly, Mohd Zulkifli Hussain tindakan ini diambil bagi membersihkan semula nama baik syarikat itu yang sudah lama bertapak sejak 13 tahun lalu.

‘’Disebabkan isu yang tidak tepat ia menjejaskan kepercayaan pengguna produk K-Colly yang kedua reputasi syarikat terjejas dan yang ketiga sudah tentu sales akan turut terjejas, benda ini kita padang serius’’. Katanya pada sidang media yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.

Manakala peguam yang mewakili K-Colly, sedang kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjalani siasatan secara terperinci terdapat dua individu tersebut.

“Pihak K-Colly telah pun membuat dua laporan polis di Balai Polis Pokok Sena, Kota Setar, Kedah dan perkara ini masih dalam siasatan pihak polis. Namun, di pihak K-Colly kami mahukan permohonan maaf daripada dua individu terbabit dan tuntutan ganti rugi.

“Jika mereka tidak memberikan kerjasama, pihak K-Colly akan mengeluarkan surat tuntutan (letter of demand) dan akan memfailkan saman seterusnya membawa perkara ini ke mahkamah,” kata Azreen.

Dalam pada itu, Azreen turut memberi amaran kepada netizen agar berfikir panjang sebelum membuat sebarang tuduhan dan komen di platform media sosial. Andai tuduhan yang dibuat adalah fitnah sehingga menjejaskan reputasi jenama atau individu, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Sementara itu, Saintis Synamatix Sdn. Bhd., Dr Mohd Redza Abd Rahman menegaskan produk K-Colly telah menjalani pemeriksaan di makmal bertauliah dan telah melepasi ujian Sijil Analisis (COA) yang mengesahkan tiada pencemaran logam berat dan microbial (kuman).

“Produk K-Colly mengandungi bahan semula jadi yang telah dijalankan kajian dan tidak memberi impak kepada kesihatan terutamanya buah pinggang jika mengikut dos yang telah disarankan. Oleh itu, produk K-Colly selamat untuk dimakan.

‘’Produk Colly Sweet 17 ini tiada gula tambahan sentitik dan bahan-bahan di dalamnya disahkan secara klinikal, sebab itu itulah kita mahu mengambil tindakan dan kalau lah dia fitnah mengambil bahan tersebut mengandungi kolegen yang ini tiada kologen.

 

‘’Bahan-bahan dalam ini telah dikaji oleh selamat, bukan sahaja dia boleh membantu kesihatan tetapi dia boleh membantu kesihatan buah pinggang itu sendiri, sebab itu saya keliru bila orang cakap makan K-Colly dia ada masalah buah pinggang yang secepatnya’’. Ujar Dr. Redza.

Dalam masa yang sama K-Colly juga turut memperkenalkan duta baru, pempegaruh popular Dahlia Rizal pada majlis yang sama pihak K-Colly turut menyumbang RM100 ribu kepada Yayasan Nur Jiwa untuk membantu rakyat di Palestin.

Bukan itu sahaja sempena hari menyambut Aidiladha pihak K-Colly turut mengagihkan sebanyak 5 ribu kilo gram beras di persekitaran masjid Al Bukhary, Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Artikle Berkaitan :>

Produk kecantikan Presiden Seniman Zed Zaidi: Serampang dua mata?

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button