fbpx
Hiburan

Jutawan kosmetik tidak dapat bayangkan hidup dalam flat ketika PKP

JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tidak dapat membayangkan hidupnya tinggal di rumah bertingkat seperti flat dan apartmen yang tidak mempunyai kemudahan kolam renang dan gym dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Aliff yang menulis catatan di Facebook pagi ini dengan berkongsi gambarnya berada di dalam kolam renang di sebuah resort berkata,  kehidupan beliau pastinya akan membosankan kerana tidak boleh pergi ke mana-mana

“Selamat pagi korang semua. Hari ini abang menenangkan fikirkan di @sugeh.resort  Korang rasa cantik tak perrmandangan ini. Tenang tau. Seronok apabila melihat permandangan yang indah macam ni.

“Abang tidak boleh membayangkan kalau abang duduk di rumah tinggi mcm flat atau arpatmen maklumlah tidak boleh pergi ke mana-mana, gym, swiming pool ke, serba serbi tutup. Serba serbi tutup. Mesti rasa bosankan. Bilalah nak habis PKP ni. Nak bebas macam dulu. Terbang macam burunung,” luah jutawan kosmetik itu.

Bagaimanapun perkongsian pendapat jutawan itu tidak sepenuhnya diterima oleh pengikut Facebook beliau. Mereka yang tinggal di rumah bertingkat berasa tersindir dengan luahan Aliff.


“Saya duduk flat je dato. So far saya bahagia sangat. Dan bersyukur sangat dengan rezeki Allah bagi. PKP ni tak terkesan Pada kami orang-orang yang susah di mata dato kami biasa sangat-sangat dah keluar rumah untuk keperluan saja. Hutang pun tak ada masa ini. Kami sangat-sangat tenang tak serabut nak bayar hutang. Kami tak kaya duit tapi kaya dengan kasih sayang. Kami kaya ketenangan kau hado,” kata Cik Puan Chenta Azzalea.

“Terasa i Dato. Saya tinggal apartment saja dato tapi hati rasa bebas. Nikmat Allah tu bukan dinilai melalui harta benda. Dato dunia ini perhiasan yang nyata. Jangan miskin nikmat. Letakkan dunia di bawah tapak kaki bukan di julang atas kepala nanti beratnya sampai ke mati,” nasihat Bayu Galeri.

“Alhamdulilah walaupun bukan mahligai indah, yang penting bahagia bersama bersatu sekeluarga. Ada ayah ibu adik kakak dan Jojie penyeri hari-hari di kala PKP. Yang penting semua ada depan mata,” menurut Salasiah Kisman.-SM

 

 

(Visited 2 times, 2 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button