Hiburan

Guru bantu Orang Asli jual 500kg ubi keledek

KERESAHAN penduduk Kampung Orang Asli Lemoi, Cameron Highlands di Pahang kerana lambakan ubi keledek tidak terjual diubati apabila dibantu beberapa orang guru.

Tindakan guru terbabit memasarkannya di laman sosial. berjaya menjual hampir 500 kilogram ubi itu berjaya dijual.

Guru di Sekolah Kebangsaan Lemoi, Hanisah Mat Hussin mengambil keputusan memasarkannya secara dalam talian melalui media sosial selepas dua rakannya, Nor Mahidatulasma Yusof dan Wan Zamani Wan Musa yang juga guru di sekolah itu memaklumkan mengenai keluhan penduduk kampung berkenaan masalah itu.

“Sebelum ini para penduduk kampung menjadikan hasil ubi kayu keledek sebagai antara punca pendapatan, namun selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, jualan hasil tanaman itu mulai semakin berkurangan.

“Selepas berbincang (dengan Nor Mahidatulasma dan Wan Zamani), saya hanya buat iklan di media sosial kerana saya sekarang tidak berada di Cameron Highlands, tapi semua urusan ambil ubi dan pos dilakukan oleh dua rakan saya itu,” kata Hanisah, 39, ketika dihubungi Bernama.

Iklan jualan disertakan sekeping gambar puluhan ubi keledek segar di Twitter Hanisah, @bungolale pada 12 April itu diulang kicau lebih 1,000 kali, dan hasilnya, dalam beberapa jam saja permintaan masuk bertubi-tubi.

Kata Hanisah, beliau dan rakan-rakan hanya berniat mahu membantu penduduk kampung itu yang juga ibu bapa kepada anak-anak muridnya.

“Sekolah kami di pedalaman, kalau hari sekolah memang kami tinggal di dalam (kawasan kampung). Keluar seminggu sekali sahaja, jadi memang rapat dengan orang kampung.

“Bila mereka mengeluh kata banyak hasil tidak boleh jual inilah timbul idea nak bantu mereka,” katanya.

Hanisah kemudiannya turut berkongsi gambar beberapa bungkusan guni dan pek berisi ubi keledek di laman Twitter beliau yang siap untuk dipos kepada pembeli dari pelbagai tempat.

“Di musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini sesuai kita amalkan hashtag kitajagakita. Kita tak mampu nak bantu semua, sekurangnya kita dapat bantu orang di sekeliling kita,” katanya. – BERNAMA

(Visited 319 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button