BanjirNasional

Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat

HUJAN berterusan selama dua hari menyebabkan jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat dan 21 sekolah di negeri itu juga ditutup.

GAMBAR FACEBOOK INFO BANJIR TERENGGANU

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri memaklumkan sejumlah 1,431 orang berada di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi tadi, berbanding 1,327 orang malam tadi.

Kuala Nerus masih menjadi daerah mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 699 orang daripada 189 keluarga.

Mereka ditempatkan di tujuh PPS termasuk di Dewan Serbaguna Tok Jembal, SK Bukit Tunggal dan SK Bukit Nanas.

GAMBAR FACEBOOK INFO BANJIR TERENGGANU

Di Kuala Terengganu pula, seramai 574 mangsa daripada 173 keluarga berlindung di empat PPS manakala di Setiu, dua PPS dibuka dan menempatkan 26 mangsa daripada dua keluarga.

Marang merupakan daerah terbaharu dilanda banjir dengan satu PPS dibuka malam tadi yang menempatkan 132 mangsa daripada 32 keluarga.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (Sektor Pengurusan Sekolah), Azman Othman berkata, 12 sekolah di Terengganu yang terpaksa ditutup selepas dinaiki air.

Beliau juga memaklumkan, sembilan sekolah ditutup untuk untuk dijadikan PPS.

Sekolah-sekolah yang ditutup akibat banjir termasuk SK Seri Budiman, SK Kubang Ikan, SK Pusat Kuala Ibai, SK Kedai Buluh, SK Losong, SK Kampung Bukit Chendering, SMK Bukit Besar, Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek, SK Bukit Bayas, SK Bukit Puteri, SMK Padang Kemunting dan SMK Intan Zaharah.

GAMBAR FACEBOOK INFO BANJIR TERENGGANU

Sementara sekolah yang ditutup untuk dijadikan PPS pula ialah SK Chendering, SK Bukit Tunggal, SK Atas Tol, SK Bukit Nanas, SK Teluk Ketapang, SK Pasir Panjang, SK Gong Tok Nasek, SK Bukit Gasing dan SK Tok Jembal.

Justeru beliau menasihatkan pihak pentadbiran sekolah yang terjejas akibat banjir dan sekolah yang dijadikan PPS untuk menempatkan mangsa-mangsa banjir supaya memohon cuti bencana.

Dalam pada itu di Perak, jumlah mangsa banjir pada pagi ini kekal seperti malam tadi dengan 75 orang daripada 22 keluarga berlindung di dua PPS di Kerian.  – SM

BACA Banjir di Perak: Lapan lagi keluarga dipindahkan ke PPS

(Visited 52 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button