Nasional

Jumaat depan tengok anak bulan Ramadan

PENYIMPAN Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh permulaan puasa ialah dengan melihat anak bulan Ramadan pada 1 April bersamaan dengan petang Jumaat.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Permulaan Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Permulaan Puasa yang ditetapkan melalui Radio dan Televisyen,” kata kenyataan itu.

Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa tarikh melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Jumaat, 1 April 2022 Masehi bersamaan 29 Syaaban 1443 Hijriah, kata kenyataan tesebut.

Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari Jumaat di 29 lokasi berikut;

  1. Pontian Kecil, Johor
  2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
  3. Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
  4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
  5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan
  6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan
  7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak Darul Ridzuan
  8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
  9. Kampung Pulau Sayak , Kuala Muda, Kedah Darul Aman
  10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman
  11. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah Darul Aman
  12. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu
  13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu
  14. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
  15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
  16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
  17. Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan
  18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan
  19. Pusat Falak Miri, Sarawak
  20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
  21. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak
  22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah
  23. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang
  24. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang
  25. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang
  26. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
  27. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
  28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putraja, Putrajaya
  29. Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis

Selamat menyambut Ramadan – SM

 

(Visited 423 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button