Hiburan

Jual Koleksi Friends & Heroes, Johnny Depp Raih RM16 Juta Dalam Beberapa Jam!

Siapa sangka dengan menjual koleksi Friends & Heroes, Johnny Deep berjaya meraih pendapatan sehingga RM16 juta dalam tempoh beberapa jam menerusi lukisan yang dihasilkannya.

 

Koleksi yang menampilkan wajah Keith Richards, Bob Dylan, Elizabeth Taylor hingga Al Pacino itu ditayangkan di Castle Fine Art dan menurut sumber, laman web tersebut mengalami gangguan akibat trafik yang cukup tinggi.

Ujar bintang filem Pirates of the Caribbean itu, dia seseorang yang mempunyai hobi suka melukis dan menerusi seni lukisannya, dia dapat meluahkan ekspresi hatinya sebagai medium untuk munasabah diri.

“Saya sentiasa menggunakan seni untuk meluahkan perasaan saya dan merenung mereka yang paling bermakna kepada saya, seperti keluarga, rakan dan orang yang saya kagumi.

“Lukisan saya adalah inspirasi hidup saya, tetapi saya menyimpannya untuk diri saya sendiri dan hanya untuk diri saya sendiri sahaja. Tiada siapa yang harus mengehadkan diri mereka sendiri,” ujarnya.

Koleksi Friends & Heroes boleh dikatakan merupakan karya sulungnya yang berjaya menghasilkan jualan terpantas dan mengaut keuntungan £3 juta US dollar atau RM 16 juta.

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button