NasionalParlimen

Jimat RM6 juta laksana projek rintis stesen minyak tanpa subsidi

TIMBALAN Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) , Fuziah Salleh berkata, pelaksanaan projek rintis stesen minyak tanpa subsidi di dua stesen di Perlis sejak Februari lalu berjaya menjimatkan hampir RM6 juta peruntukan subsidi minyak kerajaan.

Beliau berkata, walaupun inisiatif yang diperkenalkan itu bersifat liberal namun ia berkesan untuk mengekang ketirisan.

GAMBAR GOOGLE – GAMBAR HIASAN

“Dalam dua bulan pertama ada penurunan jualan minyak diesel dan RON 95 di stesen yang bersubsidi dengan penjimatan masing-masing RM1.77 juta dan RM3.98 juta dan pada masa sama di stesen minyak tanpa subsidi ada peningkatan (jualan) diesel dan juga RON 95.

“Maksudnya kenderaan asing itu sendiri berbuat demikian kerana harga bahan bakar di Thailand lebih mahal.

“Jadi macam mana pun mereka datang dan beli di negara kita walaupun tanpa subsidi (kerana) harganya lebih murah dari negara mereka,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Hussin Ismail yang ingin tahu secara terperinci berkenaan mekanisme pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi serta mekanisme pengawalan minyak bersubsidi.

Dua stesen minyak yang terlibat dengan projek rintis tersebut ialah di Padang Besar dan Wang Kelian, Perlis.

Sementara itu, Fuziah berkata, kementerian turut melaksanakan Ops Tiris sebagai satu lagi mekanisme untuk mengawal ketirisan subsidi bahan bakar.

“Sepanjang Ops Tiris dilaksanakan pada 1 Mac hingga 31 Mei, sebanyak 6,571 pemeriksaan dilaksanakan di mana terdapat 221 kes dengan nilai rampasan berjumlah RM5.41 juta dan 198 tangkapan,” katanya. – SM

BACA Stesen minyak komersial bakal diperluas di negeri bersempadan

BACA Nur Azreen Resources berkembang dalam dunia perniagaan

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button