Hiburan

Janna Nick mohon maaf, akui dirinya bodoh kerana bergaduh dengan netizen

ARTIS tidak akan berjaya kalau tidak mendapat sokongan daripada peminat. Tetapi artis juga boleh tumbang kerana peminat.

Apatah lagi dengan kemajuan teknologi sekarang, segala perkembangan, tingkah laku dan gerak geri artis (pelakon/penyanyi/pengacara/pelawak) boleh tersebar dengan pantas.

Bukan macam dulu, kena tunggu akhbar keesokan harinya atau menunggu hujung bulan bagi membaca kisah artis di majalah.

Terbaharu, pelakon, Janna Nick membuat permohonan maaf secara terbuka sambil menangis kerana bergaduh dengan netizen sebelum ini.

“Kita buat video ini untuk buat permohonan maaf secara terbuka. Kepada semua yang tengok video ni, kepada semua yang sakit hati dengan Janna Nick, so kita minta maaf sangat-sangat.

“Kita rasa kita mulakan tahun 2021 ni dengan negatif. Gaduh dengan netizen, bodohnya lah aku ni. Ya saya mengaku saya bodoh. Saya mengaku sayalah loser tu. Saya tak patut pun gaduh dengan netizen,” luahnya.

Tetapi, ada satu ayat menarik yang diungkapkan Janna iaitu dia kesal kerana bergaduh dengan netizen yang menyokong drama terbaharunya iatu Melastik Ke Langit.

Drama tersebut disambut baik oleh penonton tempatan sehingga menjadi bualan dan sohor kini di laman sosial.

Rupanya Janna baru sedar tindakannya bergaduh dengan netizen hanya akan merugikan dirinya kerana golongan ini jugalah yang akan membantu menaikkan kerjayanya.

“Bila you guys support drama tu, trending drama tu dan betul-betul suka drama tu, kita rasa sedih sangat.

“Aku ni gaduh dengan orang, gaduh dengan peminat, gaduh dengan orang yang support aku. Tapi at the end of the day korang yang support drama kita,” katanya.

Industri hiburan kita ni tidaklah besar mana pun. Paling jauh sampai ke negara seberang. Itulah hakikatnya.

Pergaduhan dengan netizen hanya akan menganggu kerjaya sendiri sahaja. Bukanlah nak menyebelahi netizen.

Tetapi sebagai seorang selebriti yang dikenali, seseorang itu perlu terbuka untuk menerima kecaman dan bukannya menyimpan dendam. -SM

(Visited 1,193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button