Nasional

Jangan sombong Malaysiaku, kata Nik Abduh

NIK Mohamad Abduh Nik Aziz berkata rakyat Malaysia jangan sombong dan menjadi lidah penyambung fitnah ke atas muslim Rohingya.

Ahli Jawatankuasa Pas itu berkata, jika kita tidak mahu mempertahankan hak saudara semuslim anda bangsa Rohingya, maka diam saja.

“Bersuara memburukkan saudara semuslim yang tertindas oleh kezaliman musuh Islam adalah dosa besar. Dosa besar.

“Ia membunuh nilai Ramadan anda. Ia membunuh jiwa dan nurani anda. Ia menarik sifat rahmah kurniaan Allah dalam jiwa setiap Muslim.

“Ingat, ia hanyalah propaganda musuh yang dirancang rapi untuk menidakkan hak Rohingya di negara asal mereka,” katanya dalam kenyataan.

Related Articles

“Rohingya tiada hak di Myanmar kerana mereka bangsa bodoh, malas, jahat, menyusahkan dan tak bertamadun. Lihatlah, mereka telah menyusahkan rakyat Malaysia. Begitulah kami di Myanmar menjadi susah kerana kejahatan dan keburukan mereka.”

“Fitnah nyata ke atas umat Islam. Tipu daya yang nyata untuk memecah belahkan umat Islam. Jangan menyambung lidah fitnah musuh ke atas Muslim Rohingya. Jangan sombong wahai Malaysiaku,” kata beliau.

Beliau menyeru umat Islam di negara ini bersyukurlah dengan menolong dan membantu umat yang tertindas.

Katanya, berfikirlah untuk menyelesaikan isu, bukan melangsaikan kebencian dan dendam.

“Jangan diri merasa hebat menjulang Ustaz Ebit Liew sebagai duta kasih sayang negara, tetapi dalam masa yang sama meninggalkan akhlak mulianya menyantuni orang-orang yang susah, apatah tertindas.

“Ya Allah, bebaskan kami daripada tipu daya musuh yang merosakkan dan menzalimi,” katanya.

Nik Abduh mengulas kemarahan umat Islam di negara ini tentang kebanjiran pelarian Rohingya dari Myanmar yang menyusahkan penduduk setempat.

Mereka yang tidak mempunyai pendidikan sukar berasimilasi dengan penduduk setempat, bahkan dikatakan tidak memberi kerjasama kepada pihak berkuasa yang bertugas melaksanakan Perintahan Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) khususnya di beberapa kawasan di Kuala Lumpur seperti di Pasar Borong Selayang. – SM

BACA JUGA:

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button