fbpx
Nasional
Trending

Rohingya: Guna media luar kritik kerajaan

MELAMPAU, tindakan dua rakyat Malaysia menggunakan media luar bagi mengkritik tindakan kerajaan terhadap pelarian Rohingya.

Malah, negara dipercayai turut dituduh enggan mematuhi prinsip undang-undang antarabangsa dan adat.

[BACA] Pertubuhan berkaitan Rohingya di negara ini tidak sah — Suara Merdeka

Tulisan Thomas Daniel dan Puteri Nor Ariane Yasmin dari Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) itu menggambarkan seolah-olah negara perlu mematuhi Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967.

Walaupun kerajaan negara ini tidak meratifikasi dan menandatangani persetujuan berkaitannya.

Menerusi ruangan pendapat dalam portal South China Morning Post (SCMP), pandangan sedemikian dilontarkan selepas penerimaan negara terhadap pelarian Rohingya berbeza berbanding sebelum ini.


Pandangan pemimpin politik negara berhubung penularan wabak Koronavirus (Covid-19) juga disifatkan sebagai jalan mudah untuk menolak kemasukan pelarian Rohingya.

“Mudah keputusan diambil oleh penggubal dasar. Negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama enam minggu untuk mengekang Covid-19 dan sumber bantuan semakin berkurangan.

“Malaysia juga berhadapan dengan xenofobia daripada sentimen negatif terhadap pelancong dari China serta buruh asing,” katanya.

Menerusi pandangan sedemikian, kerajaan terus dituduh membuat kesilapan apabila pandemik Covid-19 dijadikan alasan untuk menolak kemasukan pelarian Rohingya.

[BACA] Terima pelarian Rohingya bantut usaha kekang Covid-19 — Suara Merdeka
[BACA] Pelarian Rohingya: Kemanusiaan penting, tetapi ada batasnya – Suara Merdeka

Malah, mereka juga menyifatkan, negara-negara lain melihat Malaysia sebagai lokasi terbaik bagi menempatkan pelarian dari Myanmar itu.

MEDIA LUAR
SEBUAH bot membawa 200 etnik Rohingya dikesan TUDM cuba memasuki perairan negara pada 16 April lalu. – Gambar FB TUDM

Menurut mereka lagi, Malaysia akan dilihat sebagai hipokrit sekiranya terus menolak kemasukan pelarian.

“Kemasukan pelarian dilihat selari dengan prinsip Islam. Sentimen Islam pernah dimainkan oleh Perdana Menteri sebelum ini iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Penyokong pertikaian sedemikian terlupa bahawa pintu negara ini pernah dibuka berdekad sebelum ini. Rombongan bot pelarian ke Malaysia juga bukan satu fenomena baharu,” ulasnya.

Dalam pada itu, pandangan sdemikian juga dilihat tidak merujuk kepada kebejatan sosial yang dibawa etnik Rohingya sehingga menimbulkan kemarahan rakyat tempatan.

Justeru, mereka mencadangkan kerajaan supaya memperuntukkan sebahagian sumber negara kepada pelarian Rohingya serta menempatkan mereka sebagai pekerja di sektor swasta.

Selain itu, mereka turut meminta kerajaan mengadakan kerjasama dengan pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam serta luar negara bagi membantu pelarian dari Rakhine itu.

[BACA] Kit Siang bimbang Muhyiddin guna Covid-19 untuk lemahkan Parlimen — Suara Merdeka
[BACA] Kenapa Muhyiddin takut panggil sidang khas Parlimen? — Suara Merdeka

Cadangan terakhir, mereka menggesa Malaysia menekan ASEAn terutama Thailand dan Indonesia supaya turut membantu pelarian Rohingya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button