fbpx
Nasional
Trending

Pertubuhan berkaitan Rohingya di negara ini tidak sah

TULAR beberapa pertubuhan berkaitan etnik Rohingya dalam media sosial yang dipertikai kewujudannya di negara ini.

Bagaimanapun, hasil carian dan semakan dalam laman Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tiada maklumat berkaitan pertubuhan berkenaan ditemui.

[BACA] Kes baharu berterusan rendah 50 orang, seorang meninggal dunia — Suara Merdeka

Malah, kemungkinan pertubuhan berkaitan etnik minoriti di negara ini juga kemungkinan tidak sah.

PERTUBUHAN ROHINGYA

Seperti yang tular dalam media sosial, terdapat dua pertubuhan berkaitan etnik dari Myanmar itu seperti Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Mehrom) dan Majlis Rohingya Malaysia.


Namun, wakil pertubuhan berkenaan gagal dihubungi wartawan Suara Merdeka bagi mendapatkan penjelasan mereka.

Isu Rohingya kembali hangat selepas sebuah bot yang membawa kira-kira 200 pelarian dari Rakhine dipintas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Khamis lalu TUDM menghalang bot dari Myanmar itu daripada memasuki perairan negara.

Namun, tindakan pihak berkuasa mendapat tentangan daripada pertubuhan berkaitan etnik minoriti itu di negara ini.

PERTUBUHAN ROHINGYA
SEBUAH bot membawa 200 etnik Rohingya dikesan TUDM cuba memasuki perairan negara pada 16 April lalu. – Gambar FB TUDM

Malah mereka menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ASEAN memberi tekanan kepada Myanmar daripada terus menganiaya.

[BACA] Wanita mati kelaparan kesan sekatan pergerakan Covid-19 — Suara Merdeka
[BACA] Kesemua 22 mukim Perlis capai zon hijau — Suara Merdeka

Zafar Ahmad Abdul Ghani mendakwa dirinya sebagai Presiden Mehrom berkata, ASEAN dan PBB perlu memberi tekanan kepada Myanmar.

PERTUBUHAN ROHINGYA
ZAFAR AHMAD

Beliau berkata, tekanan adalah bagi menghentikan genosi ke atas etnik Rohingya dan beri kewarganegaraan kepada mereka di Myanmar.

“Bot yang sarat dengan pelarian akan terus datang ke negara ASEAN sekiranya punca masalah ini tidak ditangani secara khusus,” katanya seperti dilaporkan portal Free Malaysia Today semalam.

Terdahulu, kejayaan TUDM mematahkan cubaan bot etnik Rohingya memasuki perairan negara dipertikai ramai pihak yang mendakwa berjuang atas dasar kemanusiaan.

Hal demikian turut mendapat perhatian Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menegaskan dalam situasi sekarang rakyat di negara ini perlu diberi keutamaan.

[BACA] Vaksin Covid-19: Pastikan negara terawal dapat akses — Suara Merdeka
[BACA] Terima pelarian Rohingya bantut usaha kekang Covid-19 — Suara Merdeka

Katanya, usaha kerajaan mengekang penularan Koronavirus (Covid-19) di negara ini akan terjejas sekiranya terus menerima kemasukan etnik Rohingya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button