Hiburan

Jangan ‘lock’ tarikh guna air liur – Adi Putra

SEBELUM ini pelakon, Que Haidar pernah menyatakan rasa terkilan menerusi akaun Instgram miliknya selepas dirinya dilayan secara tidak profesional oleh seorang pengurus produksi.

Semuanya berlaku apabila pengurus produksi itu bertanyakan tarikh yang sesuai kepada Que tanpa menyatakan kerja apa yang sepatutnya dilakukan oleh pelakon tersebut.

Bagi Que, sepatutnya pengurus produksi itu bercerita terlebih dahulu apakah watak, atau sinopsis cerita yang bakal dilakonkan sebelum bertanya tarikh yang sesuai.

Baru-baru ini, pelakon Adi Putra pula memberi peringatan kepada penerbit baru unutk menghormati tenaga kerja, artis dan sesiapa yang terlibat dalam bidang seni.

“Jangan memberi harapan pada mereka walaupun tiada niat apatah lagi dengan isu Covid-19 yang membuatkan ramai mula hendak memulihkan ekonomi.

“Kalau setuju untuk memberi tawaran, sila turunkan dokumen dan buat perjanjian,” katanya.

Menurut Adi lagi, semua penggiat seni perlu ada prinsip hormat menghormat supaya hubungan tersebut dapat kekal lama.

Jelasnya, kalau hendak menggunakan artis atau kru gantian pun perlu dimaklumkan awal supaya semua pihak dapat menunaikan tanggungjawab dalam kerja masing-masing.

“Pesanan akhir, jangan suruh kita ‘lock’ tarik dengan air liur tanpa surat perjanjian atau wang pendahuluan (booking fees).

“Ambil iktibar dan pengajaran apa yang berlaku semasa Covid-19 bermula. Tak sama rentak seperti sebelum ini. Wallahualam. Rezeki Allah tak pernah ke salah tempat,” jelasnya.

 

Dalam status tersebut, Adi turut menyebut beberapa agensi dan syarikat penting yang terlibat dalam dunia seni tempatan antarnya Finas, Media Prima, RTM dan Astro. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button