fbpx
Hiburan

Jangan guna gambar saya untuk promosi program kuruskan badan

PENAMPILAN penyanyi Aishah jika hendak dibandingkan dengan beberapa tahun sebelum ini sememangnya sudah berubah.

Ramai yang perasan bahawa fizikal Aisyah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin kini sudah lebih kurus.

Namun, ada yang cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan gambar terbaharu penyanyi itu untuk mempromosikan program dan produk menguruskan badan.

Malah, Aishah menerusi akaun Instagramnya turut memberi amaran kepada seorang wanita yang cuba menggunakan gambarnya sebagai penarik untuk program menguruskan badan.

“Tajuk yang dia guna sangatlah mengelirukan seolah-olah saya turun berat badan kerana mengikuti program dia.


“Sedangkan yang ikut perjalanan menguruskan badan saya sahaja yang tahu bahawa saya bermula dengan pembedahan Bariatrik,” ujarnya.

Menurut Aishah, artis sebenarnya berniaga bukan sahaja menjual produk, tetapi diri mereka juga adalah priduk.

Jelasnya, hanya orang yang diberikan kebenaran sahaya dibenarkan menggunakan gambarnya untuk tujuan testimoni dan promosi produk.

“Kesian dengan orang yang baca status promosi program kuruskan badan itu tetapi tidak menjadi kerana mereka tidak tahu yang saya sebenarnya menjalani pembedahan.

“Nanti saya pula yang disalahkan. Sebab itu saya amat menitik beratkan perkara-perkara sebegini.

“Jangan curi testimoni dan contoh orang lain sebagai bukti bahawa itu adalah hasil daripada produk anda,” katanya.

Aishah sebelum ini pernah memberitahu yang berat badannya pernah mencecah 110 kilogram sebelum turun sehingga 79 kilogram pada Julai lalu. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button