Rencah Hidup

Jangan bawak balik virus

TINGGAL di asrama kampus atau berjauhan daripada keluarga terutamanya ibu bapa membuatkan ramai pelajar IPT memilih untuk pulang ke kampung halaman masing-masing malam tadi.

Saya dulu pun seorang pelajar. Walaupun budak KL tapi kalau berlaku sesuatu seperti Perintah Kawalan Pergerakan, pasti hati nak balik ke rumah. Nak tengok muka mak, adik beradik.

Itulah yang berlaku apabila para pelajar menyerbu stesyen bas malam tadi untuk membeli tiket di saat-saat akhir semata-mata nak balik ke kampung.

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan sebenarnya menghendaki kita semua tinggal di dalam rumah masing-masing tetapi ada juga yang memilih untuk pulang ke kampung halaman, biar apa pun alasan yang diberikan.

Dalam situasi pelajar berduyun-duyun pulang ke kampung dan meninggalkan kampus atau asrama ataupun rumah sewa, itu bukanlah atas pilihan mereka.

Mereka terpaksa kerana arahan daripada pihak pengurusan universiti atau IPT masing-masing yang khabarnya tidak membenarkan pelajar tinggal di dalam kawasan asrama.

Pada waktu-waktu sebegini, pihak pengurusan IPT perlu lebih bijak dalam menangani krisis pendamik COVID-19 dan bukannya menyuruh para pelajar meninggalkan asrama, mengosongkan kampus.

Ya benar semua sekolah dan IPT diarahkan bercuti tetapi bukan bermaksud, LET’S GO FOR HOLIDAYS.

Tidak salah jika pihak pengurusan university atau IPT membenarkan para pelajar untuk terus tinggal di dalam asrama dan tidak membuat pergerakan pulang ke kampung kerana mengambil kesempatan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini sehingga 31 Mac nanti.

Bagi golongan yang bekerja pula, belajarlah bekerja dari rumah dengan cara mendisiplinkan diri dan bukannya pulang ke rumah, masukkan beg-beg, angkut anak bini pergi bercuti atau pulang ke kampung.

Sebenarnya risiko pulang ke kampung amatlah besar kerana terdedah kepada COVID-19 yang mungkin disebarkan pula kepada ahli keluarga yang lain.

Tidak dapat nak bayangkan malam tadi, berapa ramai orang berada di terminal bas dan tentu berlaku kontak.

Jangkitan COVID-19 lebih mudah terkena kepada mereka yang berusia kerana sistem imunisasi warga emas dan kanak-kanak, agak lemah.

Jika tidak ada keperluan yang mendesak, boleh sahaja keluar rumah atau membuat perjalanan ke luar daerah.  – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button