Politik

Jana blok rantai Zetrix dan Xinghuo, Sistem Dokumen Kelayakan ‘Z-Cert’ dilancarkan

Petang tadi saya melancarkan Z-Cert: Sistem Dokumen Kelayakan Disahkan Digital Rentas Sempadan Diatas Blok Rantai Zetrix-Xinghuo.

Program ini diterajui oleh MyEG yang sebelum ini telah menjadi rakan kongsi dengan Beitou IT Innovation sebuah perusahaan terkemuka dari China yang berprestij serta tersenarai dalam China 500 khususnya dalam pembangunan industri digital.

Jadi apa tujuan Z-Cert ini?

Hasil kerjasama MYEG dan Beitou IT Innovation tadi ia akan menjana blok rantai Zetrix dan Xinghuo bagi menawarkan perkhidmatan pengeluaran dan pengesahan dokumen kelayakan termasuk identiti digital rentas sempadan.

Jadi nanti kita boleh menerbitkan maklumat seperti lesen memandu ke dalam bentuk Dokumen Kelayakan Disahkan Digital yang disimpan pada dompet blok rantai Zetrix.

Bila sistem ini digunakan nanti, dokumen digital yang diterbitkan atas blok rantai tidak boleh dipalsukan, malah mana-mana pihak yang perlu mengesahkan dokumen yang diterbitkan boleh mengesahkannya tanpa keraguan.

Saya percaya dengan jalinan kerjasama sebegini mampu meningkatkan tahap penggunaan inovasi dan digital dalam menambahbaik perkhidmatan sama ada bagi Kerajaan mahupun swasta.

Kredit: Zahid Hamidi

(Visited 36 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button